Bernard Ghen Ted Fen tebusan Abu Sayyaf dipenggal

Seorang rakyat Malaysia yang diculik di Sandakan, Sabah dan menjadi tebusan Abu Sayyaf, Bernard Ghen Ted Fen sejak Mei lalu, dilaporkan dipenggal kumpulan militan itu petang tadi.

- Bernad seorang jurutera
- Diculik pada 11 Mei 2015
- Di restoran atas air di Sandakan, Sabah

Bernard Ghen

Menurut laporan The Straits Times yang memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina, Bernard Ghen Ted Fen, 39, dibunuh pada jam 4 petang tadi di Pulau Jolo, Sulu kerana keluarganya "gagal mematuhi" tuntutan kumpulan militan itu semasa rundingan pembebasannya.

Bagaimanapun setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Malaysia.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment