Air Mata Si Kudung (2015) Cerekarama TV3



Sinopsis: Sabri dan Seroja adalah dua beradik yatim piatu yang tinggal di pedalaman sebuah kampung. Malang tidak berbau apabila Sabri kehilangan kakinya akibat dibaham buaya ketika menjaring ikan di sungai manakala Seroja pula kehilangan tangannya. Setelah dewasa, Seroja dipinang oleh seorang doktor yang membuat rawatan di kampung itu. Demi kebahagiaan dan masa depan adiknya, Sabri merelakan walau dia berasa berat hati. Setelah setahun perkahwinan, sabri langsung tidak dijenguk.Sabri sering teringatkan adiknya dan hatinya parah. Kehidupan Seroja berdama suaminya bahagia, tetapi ibu mertua Seroja membenci dan mengongkong kehidupan Seroja dan suaminya akibat daripada kecacatan tangannya. Bertahun Sabri menanti dan menangis meratapi ketiadaan Seroja. Sehinggalah suati hari, matanya jadi kabur akibat jangkitan kuman. Muncul Sam & Sally, anak-anak Seroja yang mencari sabri kerana ibu bapa mereka terkorban dalam nahas jalanraya.

Pelakon: Fizo Omar,Nadia Nisa,Norlia Ghani,Mak Wan,Ben Ladin,Putri Luvvna & Syaffik Sahli
Previous
Next Post »
Thanks for your comment