Sinopsis Telemovie Munajat Terhenti

Buat pertama kalinya, Kamal Adli, Shukri Yahaya dan Afiq Muiz beraksi dalam satu produksi. Mereka juga buat julung kalinya mendukung watak sebagai adik-beradik di hadapan kamera. Gandingan tiga bintang ini dapat ditonton menerusi �Munajat Terakhir�.

�Munajat Terhenti� yang diterbitkan oleh Pena Creative Pictures ini memaparkan konflik dua adik beradik iaitu Yusman (lakonan Kamal Adli) dan Yusri (lakonan Shukri Yahaya) yang hidup dalam dua �dunia� yang berbeza.

Yusman terpaksa bekerja di kelab malam sebagai seorang bouncer setelah gagal mendapatkan pekerjaan tetap sedangkan dia amat memerlukan pekerjaan untuk membantu kehidupan keluarganya.

Sementara, adiknya pula iaitu Yusri (lakonan Shukri Yahaya) berkelulusan bidang agama dan bekerja sebagai ustaz. Dia sering memandang serong dan mencemuh abangnya yang dikatakan bergelumang dengan dunia yang penuh dosa.

Drama ini turut membariskan pelakon Elfira Loy, Aleza Shadan, Theera Alias dan Rahim Kidol.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment