Sinopsis Drama Memori Cinta Suraya


Astro akan menyiarkan sebuah drama yang diadaptasi dari telenovela Mexico berjudul 'A Love To Remember'. Drama nafas baru itu diberi tajuk 'Memori Cinta Suraya' menampilkan gandingan pelakon Hisyam Hamid dan Anzalna Nasir sebagai peneraju utama. Drama berdurasi 148 episod ini diarahkan oleh Feroz Kader dibawah terbitan Global Station Sdn Bhd kerjasama bersama Astro dan Azteca. Selain Malaysia, drama ini juga akan dipasarkan ke luar negara. Drama Memori Cinta Suraya bersiaran mulai 17 Ogos, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.30 petang di Astro Bella & Astro Mustika HD.

JUDUL : MEMORI CINTA SURAYA
EPISOD : 148 episod
TARIKH / MASA : 17 Ogos 2015 (Isnin-Jumaat, 6.30pm)
SIARAN : Astro Mustika HD (134) & Astro Bella (133)
SKRIP : Rozie Rashid
PENGARAH : Feroz Kader
TERBITAN : Global Station
PELAKON : Hisyam Hamid, Anzalna Nasir, Afiq Muiz, Marisa Yasmin, Miera Leyana, Iqram Dinzly, Syafnida Shuhaimi, Kay Khydir, Nafiez Zaidi, Nazeera Sardi, Syuhaida Abraz, Arash Mohd, Watie Sadali, Kufrida, Zarynn Min, Riezman Khuzaimi, Liza Abdullah, Tunku Hanis, Mahmud Ali Bashah, Zila Bakarin, Farid Wari, Aleza Shadan


SINOPSIS MEMORI CINTA SURAYA

Mengisahkan Suraya yang menjejaki semula cinta Rayyan yang sudah pulih ingatan. Rayyan merupakan seorang arkitek daripada sebuah keluarga yang kaya. Pesawat peribadinya terhempas di hutan namun dia bernasib baik dan telah diselamatkan oleh Suraya.

Akibat kemalangan itu, dia mempunyai amnesia dan tidak mengingati identitinya sendiri. Semenjak itu dia dijaga oleh Suraya. Mereka mula jatuh cinta dan berkahwin

Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah pada suatu ketika Rayyan menuju ke bandar. Rayyan mendapat semula ingatan lama beliau dan lupa tentang isterinya, Suraya. Sebaliknya, dia mengigati yang dia telah bertunang dengan Irina
Previous
Next Post »
Thanks for your comment