Sinopsis Drama ,Aku Bukan Dia ,Tv1 Lakonan Rusdi Ramli Dan Dira

Rusdi Ramli Hidupkan Watak Utama Dalam 26 Episod �Aku Bukan Dia� Mulai 2 Oktober Ini Di TV1. Bagi yang merindui kemunculan pelakon berpengalaman Rusdi Ramli membintangi mana-mana drama menerusi layar TV, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan sebuah drama bersiri terbaharu yang menampilkan aktor hebat ini sebagai pelakon utama.

Bergandingan dengan watak pelakon utama wanita dibawakan oleh Dira Abu Zahar, 26 episod drama rantaian bertajuk �Aku Bukan Dia� ini disiarkan mulai 2 Oktober ini, setiap Khamis dan Jumaat, pukul 11.05 malam di TV1.

Cerita bermula apabila Johari yang telah bersedia menerima kehadiran isterinya Amy. Namun berlaku kejadian tidak terduga tanpa sengaja dia terlanggar Amy yang melintas untuk menyeberangi jalan.

Dia membawa isterinya ke hospital di mana Amy telah koma untuk beberapa lama. Semasa di hospital, Johari saban hari menemani isterinya dengan penuh penyesalan dan kesabaran.

Dengan harapan yang mengunung Johari mengharapkan Amy kembali sedar walau untuk sesaat jua bagi memberikan kesempatan kepadanya merasakan bahawa suaminya telah sedar dan ingin menebus segala kesilapan masa lalu.

Ketika itu apa yang terlintas di fikiran Johari mahu kembali membina sebuah kehidupan bahagia bersama isterinya dan bersama-sama mengharungi dugaan dalam lumrah perkahwinan.

Akan tetapi semua impian dan harapan hanya tinggal harapan.

Kesempatan berlalu pergi meninggalkan Johari di dalam kehampaan. Setiap detik dan ketika selepas pemergian Amy. Dia digamit rasa bersalah dan kerinduan yang menyakitkan.

Tidak dapat menyampaikan rasa bersalahnya, tidak dapat meminta maaf dan tidak dapat berbuat baik kepada isterinya yang telah dinafikan hak kasih sayang, Jiwa Johari jadi semakin kacau.

Drama bersiri ini turut menampilkan pelakon Farahdhiya, Liza Zain dan Rahim Omar.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment