Marah Iran: PM Israel Renung Tajam Delegasi PBB 45 Saat


PBB, NEW YORK � Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menzahirkan kemarahannya tentang ancaman Iran sewaktu berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Beliau menempelak badan dunia itu kerana dakwanya memberi layanan berbeza dalam isu ancaman Iran untuk memusnahkan Israel, khususnya mengenai perjanjian nuklear yang hanya akan menjadikan Iran lebih berkuasa.

Dalam ucapan tegas menurutnya, perjanjian itu �tidak akan memberi harapan kepada keamanan�, sebaliknya bantuan berbilion-bilion dolar tersebut melonjakkan kemungkinan untuk berlaku peperangan. Malah beliau mendakwa, Iran kini semakin meningkatkan tekanan dengan sokongan jelas kepada pemimpin Syria, Bashar Al-Assad; sekutunya Hezbollah dan Hamas serta membina rangkaian keganasan di seluruh dunia.

�Diam yang ketara. Diam yang membisukan,� tegas Netanyahu diikuti dengan merenung tajam para delegasi PBB selama kira-kira 45 saat sebagai penekanan kepada ucapannya. Ancaman militan Negara Islam (IS), kata beliau, namun telah �mendekatkan� Israel dan tetangga Arab bahkan dia berharap dapat membina kerjasama dengan negara-negara tersebut. Bagaimanapun, hubungan antara rejim Israel dan kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan kekal sebagai hubungan paling penting.

�Perbezaan kita mengenai perjanjian nuklear adalah ibarat perselisihan pendapat dalam keluarga,� ujarnya yang mengulang kata Presiden AS, Barack Obama. Netanyahu mengambil giliran berucap di PBB pada Khamis sehari selepas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata Israel sebagai negara �Aparteid� selain mengugut untuk batalkan semua perjanjian sedia ada dengan Israel. � lapor astroawani.com
Previous
Next Post »
Thanks for your comment