Cara Buat Baja Nasi Imo1

Panduan Cara Untuk Membuat Mol Nasi Imo1 Dengan Mudah. Bagaimana teknik untk membuat IMOL1 untuk memerangkap mikrob baik bagi membantu menyuburkan tanah ? Ikuti tutorial yang disediakan dibawah :

Langkah-langkah Buat Baja IMOL
Baja Nasi Imo1


Kaedah buat IMO1 ( Baja Nasi )

1. Masak nasi khas bagi  membuat IMO1 (bukan nasi lebihan ye )
2. Masukkan nasi setebal tiga hingga lima cm ke dalam bekas. (Jika boleh, pakai sudip kayu semasa hendak mengambil nasi dan pastikan ianya tidak terkena pada tangan anda untuk elakkan nasi tersebut menjadi basi)
3. Biarkan nasi tersebut pada  suhu bilik sehingga sejuk.
4. Tutup menggunakan kertas putih. dan ikat kertas yang digunakan dengan getah atau tali.
5. Setelah diikat, letakkan bekas tersebut dibawah pokok buluh.
6. Ambil beberapa helai daun buluh kering, kemudian tutup keseluruhan bekas yang digunakan, biar tidak ternampak bekas tersebut termasuk diatas kertas.
7. Letakkan plastik diatas timbunan daun buluh kering untuk mengelakkan ianya terkena air hujan.
8. Buka kertas setelah tiga hari.

Ciri-ciri Mol Imo1 Menjadi

1. Jika banyak miselium putih seperti kapas, maknanya IMO1 tersebut menjadi.
2. Jika terdapat pelbagai warna dan warna putih mendominasi, IMO tersebut juga dikira menjadi.
3. Jika ada pelbagai warna dan warna putih kurang, IMO yang telah anda lakukan tidak menjadi. Buang nasi tersebut dan sila buat semula.
4. Jika berair, tandanya nasi sudah menjadi basi. Buangkan sahaja dan sila buat semula.

Diharap perkongsian tentang teknik membuat IMO1 ( Mol Nasi ) mampu memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa untuk sebarkannya kepada yang lain. Akhir kata, selamat mencuba.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment