Biskut-Biskut Cinta (2015) TV2 - Full Telemovie

 
Biskut-Biskut Cinta (2015) TV2 - Full Telemovie
 

Biskut-Biskut Cinta (2015)

 
Para Pelakon :
Syafie Naswip - Anuar
Sara Ali - Khirul Bariah / Kerol
Kamarul Hj Yusuff - Pak Yazid
Delimawati - Mak Ton
Sharonizam Noor - Abang Leman
Zila Bakarin � Julia Rasyid Jaafar - Zaki


Sinopsis telemovie Biskut-Biskut Cinta TV2 Slot Citra | Biskut-Biskut Cinta mengisahkan
Khirul Bariah (Sara Ali) seorang gadis tomboy yang jatuh cinta terhadap pemuda yang sering menjadi penyelamatnya. Dek kerana takut dikahwinkan dengan orang tua di kampungnya, Khirul Bariah melarikan diri ke Bandar. Malah dia juga menukar identiti dirinya menjadi seorang lelaki dengan nama barunya Kerol.

Dia kemudiannya diterima bekerja di kedai biskut dan pada masa yang sama berjumpa dengan rakan serumah bernama Anuar (Syafie Naswip). Anuar merupakan penyelia di kedai biskut tempatnya bekerja. Setiap bulan Kerol mengirim wang pada ibunya di kampung untuk melangsaikan hutang keluarga dengan orang kaya di kampung.

Berlaku peristiwa-peristiwa lucu semasa tinggal serumah dengan Anuar hingga memaksa Kerol mencari rumah sewa lain kerana takut rahsianya bocor dan diketahui oleh Anuar.
Pada suatu hari Kerol diganggu oleh sekumpulan remaja nakal. Mujur Anuar berada di situ lantas menyelamatkan Kerol. Sejak itu Kerol terpaut hati tanpa di sedari Anuar. Anuar pula merasakan Kerol seorang yang pelik kerana jarang bergaul dengannya semasa mereka tinggal serumah hingga memaksa beliau menyiasat siapa Kerol sebenarnya.

Akhirnya Anuar dapat tahu siapa Kerol hingga menyebabkan dia kecil hati dan marah pada Kerol. Kerol menerangkan keadaan sebenar hingga berjaya memujuk Anuar dan Anuar pergi ke kampung Khairul Bariah bertemu ibunya. Pulang ke rumah Kerol terkejut kerana ibunya telah berkahwin dengan Pak Yazid, orang kaya di kampungnya. Nak tahu kisah selanjutnya? Saksikan segalanya menerusi drama Biskut-Biskut Cinta di kaca tv anda.


Tonton Biskut-Biskut Cinta (2015) TV2 - Full Telemovie



Biskut-Biskut Cinta (2015) TV2 - Full Telemovie


Perhatian Kepada Pengguna Google Chrome dan Mozilla Firefox!

Sila Tutup Fungsi Pop-Up Blocker Pada Google Chrome dan Mozilla Firefox Anda Dahulu Sebelum Klik Link Di Bawah.

Cara Tutup Fungsi Pop-Up, Anda Boleh Klik Di Sini.

Previous
Next Post »
Thanks for your comment