Sinopsis Rembat Just Duit

Rembat 2015

Filem Rembat yang berkisarkan mengenai bola sepak bakal menghiburkan penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 8 Oktober 2015. Filem berunsur komedi arahan Shamyl Othman itu menampilkan bintang paling popular Shahiezy Sam dan penghibur antarabangsa Aniu serta pelawak-pelawak hebat tanah air, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Zulin Aziz dan penampilan istimewa oleh Zara Zya, Arja Lee, Sam Chong serta ramai lagi.

SINOPSIS FILEM REMBAT
Filem Rembat mengisahkan mengenai Chin Chye (Aniu) dan Malik (Shaheizy Sam), dua orang penyokong tegar bola sepak Malaysia. Mereka punyai latar belakang berbeza, cita-cita berbeza, namun mereka mempunyai satu persamaan, iaitu mereka adalah penyokong tegar pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya. Mereka juga mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk berada di perlawanan bola sepak antara Thailand dan Malaysia. Pelbagai dugaan ditempuhi dalam pengembaraan mereka menuju destinasi. Mereka terperangkap dalam sebuah pertaruhan perlawanan akhir bola sepak Malaysia menentang Thailand yang telah diatur oleh sekumpulan Ah long. Pengembaraan mereka untuk melepaskan diri daripada ah long ditimpa pelbagai dugaan dan berubah menjadi pengembaraan yang penuh dengan aksi lucu apabila mereka bertemu dengan pelbagai karektor lain.

Rembat Just Duit
Filem komedi tergempak 2015

TAJUK : REMBAT
Tarikh Tayangan : 8 Oktober 2015
Genre : Komedi, Aksi
Pengarah : Shamyl Othman
Pelakon : Shaheizy Sam, Aniu, Zizan Razak, Sam Chong, Zara Zya, Arja Lee, Sherry Alhadad, Michael Chin, Zulin Aziz, Ashraf Zain, Tuan Faisal, Megat Sharizal, Ramasundran, Amirah Azmi, Anding Indrawani, Yvonne Lee dan Zhaf.
Terbitan : Grand Brilliance, Marna Films, & Red Films


Zizan Razak dan Sherry Alhadad antara penyeri yang akan menghiburkan penonton  

LAGU TEMA / OST REMBAT
Tajuk : Golll
Penyanyi: Shaheizy Sam & Aniu

Previous
Next Post »
Thanks for your comment