Scene Menarik Episod 23 Mencintaimu


Scene Menarik Episod 23 Mencintaimu

Hisham meminta bantuan Dr Akmal dan berjumpa Dr Akmal diam diam. Dia mengatakan yang dia tidak boleh berdepan dengan Anissa sekarang kerana terasa sangat berdosa pada Anissa atas apa yang telah berlaku. Hisham meminta Dr Akmal menyimpan rahsianya. Apabila ditanya kemana Hisham akan pergi, dia mahu beri ruang pada Anissa, walaupun ia memakan masa yang sangat lama. Asyikin membuat pemeriksaan doktor. Doktor mengatakan yang sistem immun dan antibodi Asyikin sangat lemah, dan hasil dari pemeriksaan darah, TA disahkan HIV positif. No! Tak mungkin! TA rasa seperti dunianya gelap. Dia perlu beritahu Helmi, kerana kalau dia disahkan positif, maka Helmi juga pasti positif kerana Helmi adalah satu satunya lelaki yang pernah bersama dengannya. Di hospital, Datin Aida dan Dato Hanafi meminta maaf pada Anissa. Mereka tidak sangka selama ini mereka telah diperbodohkan oleh Helmi, dan disebabkan itu, Hisham menghilangkan diri. Doktor berjumpa dengan Anissa dan memberitahu yang mereka sudah ada penderma..

Previous
Next Post »
Thanks for your comment