Polis cantik....yang mencuri perhatian


KALAU sebelum ini ramai lelaki sanggup beratur di restoran McDonalds di Taiwan semata-mata untuk melihat pekerja syarikat tersebut yang dikatakan memiliki paras rupa yang cantik, lain pula kali ini kerana tidak mustahil sekiranya ada dalam kalangan lelaki rela �disaman� kerana seorang anggota polis wanita. Kisahnya, seorang anggota polis wanita di Korea kini mula mencuri perhatian khalayak ramai kerana memiliki raut wajah yang cantik selain bentuk badan yang seksi.


Kim Miso, 25, yang kini bertugas di Jabatan Polis Metropolitan Seoul, Korea mula menarik perhatian ramai pengguna media sosial sejak beberapa hari lalu apabila gambar-gambarnya yang seksi dan menawan mula dikongsi di atas talian.Menurut laporan portal Korea�s Dispatch, Kim Miso merupakan bekas model dan pernah tercalon dalam pertandingan ratu cantik �Miss Maxim Korea� pada tahun 2014. Kim Miso kini digelar sebagai pegawai polis paling cantik di Korea, lapor malaysian digest
Previous
Next Post »
Thanks for your comment