Oh My Goat Come Baaack!! (Oh My English)

Oh My Goat Come Baaack

Telemovie keempat Oh My English berjudul Oh My Goat Come Baaack!! akan menemui penonton di saluran astro. Selain Zain Saidin dan Tiz Zaqyah, telemovie khas ini turut membuat penampilan pelakon lain seperti Juliana Evans, Abam Bocey, Sherry Al Hadad, Nadiya Nisaa, dan ramai lagi. Saksikan gelagat mereka pada hari Sabtu ini, 5 September jam 9.00 malam di tiga saluran Astro Prima, Astro TVIQ dan Astro Maya HD.

JUDUL : OH MY ENGLISH - OH MY GOAT COME BAAACK!!!
TARIKH / MASA : Sabtu, 5 September 2015, 9 malam
SIARAN :  Astro Priama (105), Astro TVIQ (610) & Astro Maya HD (135)
SKRIP : Adib Zaini
PENGARAH : Syamyl Othman dan Umi Omar
TERBITAN : Red Comunication
PELAKON : Zain Saidin,  Tiz Zaqyah, Juliana Evans, Roax Tan, Sherry Al Hadad, Nadiya Nisaa, Juzzthin, Jihan Muse, Abam Bocey, Jasmin Hamid, Kashika Selvam, Nazrief Nazri

VIDEO PROMO

SINOPSIS OH MY GOAT COME BACK
Mengisahkan Mr Middleton (Zain Saidin) yang ditugaskan ke SK Dalam Ayer, sebuah sekolah pedalaman. Beliau tinggal bersendirian di sebuah kawasan terpencil yang hanya mempunyai keperluan asas.

Keadaan bertambah buruk apabila Mr Middleton terpaksa bersusah-payah untuk  memenangi hati pelajar baharunya iaitu sekumpulan budak nakal. Di situ, beliau ditemani seekor kambing liar, Cik Kam Ambing, yang sentiasa ada berdekatan rumahnya. 

Sementara itu, hubungan Encik Ariff (Nazrief Nazri) dan Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) bertambah rapat. Untuk menghalang hubungan hubungan mereka dari mekar, bekas pelajar Mr Middleton membuat keputusan untuk membuat lawatan mengejut.

Kemunculan Jojie (Nadiya Nisaa), Zack (Juzzthin), Taylor Marie Smith (Juliana Evans) dan See You Soon (Roax Tan) di Kampung Dalam Ayer meninggalkan Mr Middleton dalam dilema adakah dia patut terus tinggal di Kampung Dalam Ayer atau pulang ke SMK Ayer Dalam?

GAMBAR PELAKON

Oh My Goat Come Back
mandi lumpur
Oh My Goat
hiburan berbentuk pendidikan
Oh My English Oh My Goat
Pelakon lain
Pelakon Oh My Goat Come Baaack
Mereka yang terlibat dalam telemovie Oh My English


Previous
Next Post »
Thanks for your comment