Neelofa Derma RM10,000


Aktres Neelofa telah menderma sebanyak RM10,000 untuk membantu pembinaan rumah sepasang suami isteri yang tergendala selama sedekad. Memetik laporan Harian Metro, pasangan suami isteri dari Pasir Mas Kelantan ini tidak mampu menyiapkan rumah mereka kerana kekangan kewangan dengan pendapatan seharian hanya RM45 sehari. Neelofa menyalurkan sumbangannya menerusi badan NGO Pertubuhan Kebajikan Pergerakan Adil yang membantu golongan miskin termasuk mangsa banjir yang melanda Kelantan tahun lalu, lapor MD
Previous
Next Post »
Thanks for your comment