Mencintaimu Episod 18

Dload | ZipS 

Ketegangan di rumah itu berlaku lagi, kedua-dua Datin Aida dan Anissa mengadu pada Hisham, membuat Hisham stress. Hisham menghubungi Helmi, tempat dia mengadu. Helmi berkata yang kali ini, Hisham perlu berehat dan biarkan mereka selesaikan maslaah mereka sendiri. Helmi ajak Hisham berhibur sekejap, sambil membincang kerja (Helmi tahu kalau setakat berhibur, Hisham tak akan nak). Mereka ditemani oleh Asyikin. Hisham cuba untuk tenangkan fikiran, tetapi fikirannya masih kusut. Ketika dia sedang leka, dia tidak sedar yang Helmi telah merakam gambarnya dan Asyikin yang kononnya dalam keadaan mesra. Di rumah, Datin Aida tidak bercakap dengan Anissa, dan sering saja mencari salah Anissa. Datin Aida hanya berkata sinis je pada orang gaji, �lantai kotor, ada menantu pun tak boleh tolong kemas�. Asyikin pula datang ke rumah Datin Aida seperti biasa dan Anissa terasa hati apabila orang luar dilayan bagaikan raja manakala menantu sendiri dianaktirikan.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment