Mencintaimu Episod 16

Dload | ZipS

Selang beberapa bulan selepas berkahwin, Hisham memujuk Anissa untuk berjumpa dengan Juhara. Anissa tidak mahu, kerana takut dihalau lagi. Hisham berjanji dia akan bercakap dengan Juhara sendiri dan akan cuba pujuk Juhara. Apabil mereka tiba di rumah Juhara (Juhara kelihatan uzur dan sakit), Juhara marah marah pada mulanya, tetapi Hisham berjaya memujuk Juhara dan mengatakan Anissa sekarang adalah isterinya yang sah. Mendengarkan kata-kata Hisham itu membuatkan Juhara berlembut hati sedikit, lebih lebih lagi apabila Juhara tahu yang Anissa telah mengandung dua bulan, lagilah membuatkan Juhara teruja kerana itu telah menjadi impiannya dari dulu, untuk ada menantu dan cucu. Hisham lega apabila melihat hubungan Anissa dan Juhara kembali baik seperti biasa. Ketara yang selama ini Juhara memang rindukan Anissa. (akan ada scene Najiha nampak Juhara menangis rindukan Anissa tetapi dia ego). Hisham jug ameminta maaf kerana berkahwin tanpa meminta restu Juhara terlebih dahulu.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment