Kondominium, Drama TV2 (2015)


RTM akan menayangkan sebuah drama bersiri bertajuk �Kondominium� mulai 30 September ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.00 petang mengisi slot Galeri Famili di TV2.

Menggandingkan pelakon Syazwan Zulkifli, Zul Ariffin, Almy Nadia, Syatilla Melvin, Eina Azman, Riz Amin, Shahrul Kamal dan Dilla Ahmad. Jangan ketinggalan menyaksikan drama 13 episod ini yang mengisahkan penduduk di sebuah penempatan perumahan Kondominium Villa Wangsa Emas milik Muhammad.

Sinopsis Kondominium

Cerita bermula, apabila Zura datang dari Pulau Pinang mencari kawannya yang tinggal di apartment ini. Namun kawannya tidak lagi tinggal di sini. Nasib baik Zura terjumpa Malek dan Johan yang sedia membantu.

Zura dikenalkan dengan kawan mereka Rozana dan Aiza dan Zura menyewa bersama mereka. Mereka tinggal berjiran bersama penyewa dan pemilik apartment di situ.

Pelbagai ragam, kejadian dan permasalahan peribadi dan keluarga terjadi. Setiap permasalahan dapat di tangani dengan adanya semangat kejiranan dan tolong-menolong.

Tonton online Ep 1 hingga Akhir di myklik.rtm.gov.my/kondomium
Previous
Next Post »
Thanks for your comment