Khairuddin: Sosma disalah guna untuk tahan saya


Peguam yang mewakili bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Khairuddin, 53, menamakan Superintenden Habibi Majinji, ketua polis daerah Dang Wangi, ketua polis negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Anggota Umno itu, yang membuat aduan berhubung 1MDB di Switzerland, France, United Kingdom, Singapura dan Hong Kong, mahu dibebaskan serta merta daripada tahanan bawa seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Khairuddin berkata notis penahanan beliau bercanggah dengan peruntukan untuk menahan beliau bawah Sosma 2012. "Penahanan saya menggunakan Sosma adalah penyalahgunaan undang-undang kerana saya tidak terlibat dalam aktiviti keganasan," katanya.

Beliau berkata perkara itu berniat jahat dan justifikasinya adalah yang difikirkan kemudian oleh responden. Permohonan itu difailkan oleh firma guaman Rafique. Khairuddin ketika itu diitahan selama 28 hari bawah Sosma kerana didakwa mensabotaj negara, kesalahan bawah 124K dan 124L Kanun Keseksaan. Beliau pada mulanya ditangkap di bawah seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen, lapor malaysiakini.com
Previous
Next Post »
Thanks for your comment