Jamal ditahan polis


PETALING JAYA: Pengerusi Gabunga NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos ditahan pada 8.50 malam Sabtu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya. Penahanan dibuat di bawah Seksyen 105 Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan di Jalan Petaling, pada Sabtu. Sebelum ini, wartawan menunggu beliau lebih tiga jam di IPD berkenaan selepas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu memaklumkan akan memberi keterangan.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata Jamal akan dipanggil ke Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Dang Wangi pada petang Jumaat. �Dia (Jamal) diminta tampil untuk ke IPD (Ibupejabat Polis Daerah) Dang Wangi untuk memberi kenyataan berhubung perhimpunan di Petaling Street petang ini,� katanya yang dipetik dari Bernama. Pada Khamis, polis telah memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana- mana pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di Jalan Petaling, lapor freemalaysiatoday
Previous
Next Post »
Thanks for your comment