Hajah Heathrow (TV3)

Hajah Heathrow

Jangan lupa untuk sakasikan telefilem khas Aidiladha bertajuk Hajah Heathrow. Menampilkan lakonan Fadhil Dani, Kuna, Nazeera Sardi, Izara Aishah dan Hafidz Rosdi. Hajah Heathrow disiarkan di TV3 pada 27 September jam 10.30 malam di slot Cereka Ahad.

JUDUL : HAJAH HEATHROW
TARIKH / MASA : Ahad, 27 September, 10.30 malam
SIARAN : Cereka Ahad TV3
PENGARAH : -
TERBITAN : -
PELAKON : Fauziah Ahmad Daud, Nazeera Sardi, Fadhil Dani, Kuna, Izara Aishah, Hafidz Rosdi

SINOPSIS HAJAH HEATHROW
Berkisarkan Ramlan dan Juriah yang mendapat rezeki untuk menunaikan fardhu haji. Juriah mempunyai rasa untuk riak dan mempertikaikan jirannya, Datin Amnah yang hidup senang tetapi belum menunaikan haji. Dia tidak putus-putus menjaja usahanya mencari duit demi ke Tanah Suci. Malah Juriah juga merancang untuk membuat kenduri dengan hidangan seekor lembu. Ramlan menegur sikap isterinya tetapi Juriah menegakkan bahawa dia mahu menjadi contoh kepada penduduk sekampung yang lebih suka membeli emas dan saham daripada menabung di Tabung Haji.

Suatu hari, Jasmin, anak mereka memberitahu bahawa dia mendapat kerja di Heathrow, London. Juriah mula teragak-agak kerana tarikh berangkat ke tanah suci ialah tarikh yang sama dengan penerbangan ke Heathrow. Ramlan terus mengingatkan Juriah mengenai usahanya selama ini mencari rezeki demi menunaikan haji yang lebih suci. Apakah pilihan Juriah?

GAMBAR PELAKON

Hajah Heathrow 2015
Gambar 01
Hajah Heathrow tv3
Gambar 02

Previous
Next Post »
Thanks for your comment