Formula Pembahagian Pendapatan Perlu Dibuat Secara Adil - Khairy

Pendapatan yang diperoleh daripada kutipan tiket, tajaan dan hak penyiaran perlawanan bola sepak perlu diagihkan secara adil antara negeri dan kelab-kelab yang terlibat dalam Liga Malaysia, lebih-lebih lagi dengan trend penajaan yang semakin besar. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, kementeriannya buat masa ini mahu melihat langkah itu dijalankan oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
�Formula dalam hak penyiaran itu mestilah dibincang bersama ahli-ahli gabungan iaitu persatuan bola sepak negeri dan kelab-kelab yang terlibat dalam Liga Malaysia terutamanya apabila kontrak penajaan baharu bermula pada musim hadapan,� ujar beliau. Keputusan itu, menurut Khairy, pada masa ini perlu diselesaikan di peringkat FAM dan kementeriannya belum bercadang untuk masuk campur.
�Saya hanya dapat sarankan sahaja,� kata beliau yang ditemui wartawan sempena acara Walk-a-Mile Hari Jantung Sedunia 2015 di Taman Botani Perdana pada Ahad. Khairy diminta mengulas kenyataan Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa yang kecewa dengan tindakan FAM berhubung pembahagian hasil kutipan tiket perlawanan akhir Piala FA. Beliau mendakwa daripada RM3 juta hasil jualan tiket, belum termasuk tajaan dan hak penyiaran, Kelantan hanya menerima RM600,000. Annuar yang juga bekas timbalan presiden FAM mendakwa FAM sendiri sudah mengambil RM1 juta atas nama levi dan lain-lain, lapor  Astro Awani
Previous
Next Post »
Thanks for your comment