Filem Terbaru di Pawagam Bulan September 2015

Filem September 2015

Bulan September ini, terdapat 6 filem Melayu bakal ditayangkan. Dua filem patriotik yang patut korang tengok di bulan kebangsaan ini iaitu Bravo 5 dan Kapsul. Filem Polis Evo tidak kurang hebatnya menampilkan gandingan Shaheizy Sam dan Zizan Razak melakonkan watak anggota polis. Berikut antara filem yang admin rasa akan mendapat sambutan bulan ini. Admin sediakan sinopsis ringkas dan video trailer sekali.

1. The Transporter Refueled
Tarikh Tayangan: 3 September 2015
Genre: Aksi
Pelakon : Ed Skrein, Ray Stevenson, Loan Chabanol

Filem ini mengisahkan Frank Martin diupah oleh seorang wanita bernama Anna (Loan Chabanal) dan tiga orang rakannya yang merancang untuk merompak bank. Dalam misi melaksanakan tugas itu, Frank secara tidak sengaja terjebak dalam sebuah rancangan untuk menyingkirkan Yuri (Yuri Kolokolnikov), seorang pemerdagang manusia berbangsa Rusia yang memaksa Anna menjadi pelacur 15 tahun lalu. Frank kemudian sedar dia sedang dipermainkan. Tekad untuk membalas dendam, Anna telah menculik ayah Frank (Ray Stevenson) membuatkan Frank terpaksa mengikut telunjuk wanita tersebut bagi mendapatkan Yuri.


2. Usop Wilcha : Meghonjang Makhluk Muzium
Tarikh Tayangan: 3 September 2015
Genre: Komedi / Ngeri
Pelakon : Namron, Nasir Bilal Khan, Usop Wilcha, Elizabeth Tan, Farah Dhiya

Memaparkan kisah yang berlaku dalam sebuah muzium yang menyimpan banyak khazanah dan pengetahuan yang semakin dilupai oleh masyarakat masa kini. Pihak pengurusan Muzium telah megadakan satu pameran �Hantu-Hantu Dunia� untuk kembali menarik minat pengunjung. Tanpa di sedari oleh pengurusan Muzium, penganjuran pameran ini mempunyai matlamat tersendiri iaitu ingin menghidupkan kembali Raja Dracula iaitu Vlad The Impaler. Walau bagaimanapun, patung lilin raja-raja yang terkenal seperti Perak Man, Sultan Melaka, Bendahara Tun Perpatih Puteh dan Datuk Maharaja Lela, juga datang hidup dengan misi untuk menghentikan Count Dracula dan menyelamatkan keturunan mereka.


3. Shaandaar 
Tarikh Tayangan: 4 September 2015
Genre: Romantik / Komedi
Bahasa: Hindi
Pelakon : Shahid Kapoor, Alia Bhatt, Pankaj Kapur, Sanjay Kapoor

Filem arahan Vikas Vahl ini mengisahkan tentang sepasang bakal pengantin yang mengidap insomnia tetapi ini sebaliknya membantu mengeratkan lagi hubungan mereka.


4. Welcome Back
Tarikh Tayangan: 4 September 2015
Genre: Komedi
Pelakon : John Abraham, Nana Patekar, Anil Kapoor, Shruti Haasan, Shiney Ahuja, Paresh Rawal

Filem ini adalah sekuel kepada filem "Welcome" pada tahun 2007. Filem ini dibintangi oleh Nana Patekar, Anil Kapoor dan Paresh Rawal yang kembali membawa watak masing-masing. Sekuel kali ini turut menampilkan dua pelakon baru John Abraham dan Shruti Hassan sebagai tambahan watak utama.


5. Maze Runner: The Scorch Trials
Tarikh Tayangan: 10 September 2015
Genre: Misteri / Sains Fiksyen / 
Pelakon : Dylan O'Brien, Kaya Scodelario, Thomas Brodie-Sangster, Giancarlo Esposito, Aidan Gillen, Barry Pepper, Lili Taylor, Patricia Clarkson, Ki Hong Lee

Selepas Thomas dan rakan-rakannya berjaya mencari jalan keluar dari `The Maze`, mereka kini berdepan dengan dunia luar yang dimamah penyakit. Mereka mempunyai misi baru, sama ada mereka berjaya mencari jalan melalui bandar terbiar itu ke sebuah tempat selamat atau mereka akan punah bersama-sama bandar tersebut. 


6. Bravo 5
Tarikh Tayangan: 10 September 2015
Genre: Aksi
Pelakon : Remy Ishak, Beto Kusyairy, Shashi Tharan

Filem aksi/patriotik ini berlatarkan tahun 1989, di mana lima anggota Komando Tentera Darat (Rejimen Gerak Khas) ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Malangnya perhubungan terputus kerana set komunikasi rosak. Tanpa bantuan pasukan tentera lain yang sepatutnya tiba, mereka terpaksa bertempur dengan hampir 200 anggota gerila komunis.


6. Pawn Sacrifice
Tarikh Tayangan: 17 September 2015
Genre: Drama / Biografi
Pelakon : Tobey Maguire, Liev Schreiber, Lily Rabe, Peter Sarsgaard

Filem arahan Edward Zwick ini adalah berdasarkan kisah sebenar yang mengisahkan tentang pemain catur lagenda Bobby Fischer dari Amerika Syarikat bakal berentap dengan juara Soviet dari Russia, Boris Spassky.


7. Kapsul
Tarikh Tayangan: 17 September 2015
Genre: Sains Fiksyen
Pelakon :  Faizal Hussein, Elly Mazlein, Datuk Rahim Razali

Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang terperangkap dalam kapsul masa di empat zaman berbeza. Sebuah kapsul masa wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan telah membawa Zohri kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa Melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawanya pulang ke zamannya sekarang kecuali dirinya sendiri.


8. Polis Evo
Tarikh Tayangan: 17 September 2015
Genre: Aksi / Komedi
Pelakon :  Shaheizy Sam, Zizan Razak, Mimie Ernida, Nora Danish, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Amerul Affendi

Filem aksi komedi yang diterajui oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak ini mengisahkan tentang dua orang anggota polis, Khai dan Sani. Mereka mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama dalam satu tugasan untuk menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah.


9. Hotel Transylvania 2
Tarikh Tayangan: 24 September 2015
Genre : Animasi / Komedi
Pelakon suara : Adam Sandler, Andy Samberg, Selena Gomez, Kevin James, Fran Drescher, Steve Buscemi

Segalanya mula berubah menjadi lebih baik di Hotel Transylvania apabila Dracula membenarkan manusia untuk turut tinggal di hotelnya itu. Tetapi satu perkara yang membimbangkan Drac ialah cucunya Dennis yang tidak menunjukkan sebarang kuasa `vampire`. Apabila Mavis dan Johnny melawat ibu bapa Johnny, Drac meminta bantuan rakan-rakannya untuk menjadikan Dennis seorang `vampire` dan bukan hanya manusia biasa. Keadaan menjadi kelam kabut apabila ayah Drac yang garang dan tegas, Vlad, tiba-tiba datang melawat.


10. Everest
Tarikh Tayangan: 24 September 2015
Genre: Kembara
Pelakon : Jake Gyllenhaal, Keira Knightley, Jason Clarke, Josh Brolin, Robin Wright, Emily Watson, Clive Standen

Filem ini dihasilkan dari kisah sebenar yang menimpa beberapa orang pendaki gunung pada tahun 1996. Beberapa pendaki telah meninggal dunia dan terdapat beberapa orang yang masih hidup ketika aktiviti pendakian berjalan. Terdapat dua kumpulan ekspedisi yang diketuai oleh Scott Fischer dan Rob Hall yang cuba untuk menakluki puncak gunung Everest.


11. Jwanita
Tarikh Tayangan: 24September 2015
Genre: Seram
Pelakon : Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne Stockstill, Marsha Milan, Umie Aida

Seorang perempuan bernama Jwanita mengalami masalah mental yang serius akibat sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu bapa angkatnya yang juga merupakan pengamal ilmu hitam. Sinar harapan mula muncul dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Farhan, iaitu seorang doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya itu. Namun segalanya musnah apabila Jwanita mendapat tahu bahawa Farhan merupakan tunang kepada adik kandungnya, Julaika. Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan, Jwanita muncul semula bersama dendam yang lama tersimpan.


12. Girlfriend Kontrak
Tarikh Tayangan: 24 September 2015
Genre: Komedi Romantik
Pelakon : Keith Foo, Nur Risteena, Bront Palarae, Farah Fauzana

Alisa adalah seorang gadis kampung yang sedang dalam misi untuk menyelamatkan kelip-kelip yang cukup disayanginya daripada dimusnahkan oleh projek pembangunan milik seorang jutawan buaya darat, namun Aliza akhirnya diupah untuk menjadi teman wanita kontrak jutawan tersebut.


Selamat Menonton!
Previous
Next Post »
Thanks for your comment