Drama Uda Dan Dara (Astro)

Uda Dan Dara

Nantikan drama terbaru Uda Dan Dara adaptasi novel karya Aisya Sofea. Sebuah drama terbitan Global Station, diarahkan oleh Ejump Zahir. Pelakon utamanya ialah Zul Ariffin dan Siti Saleha. Turut dibintangi oleh Idris Khan, Zuhairah Zahir, Ezzaty Abdullah, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. Akan menemui penonton bulan Oktober nanti di Astro Mustika HD.

JUDUL : UDA DAN DARA
EPISOD : 65 Episod
TARIKH / MASA : Oktober 2015
SIARAN : Astro Mustika HD
NOVELIS : Aisya Sofea
PENGARAH : Ejump Zahir
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Siti Saleha, Idris Khan, Dilla Ahmad, Anis Al-idrus, Dynas Mokhtar, Zuhairah Zahir, Ezzaty Abdullah, Arash Mohd, Sherry Merlis, Nazia Mustafar, Atiqa Farhana, Shahrul Nizam, Balkisyh Semundur Khan, Putri Damia, Dania Syafi, Firdaus Ghufran, Amai Kamarudin, Shakilla Khoriri, Tash Yong

WATAK PELAKON
Zul Ariffin sebagai Izzat Hilman
Siti Saleha sebagai Siti Mariam 
- Adik Putri Damia sebagai Siti Mariam
Idris Khan sebagai Imran
Dilla Ahmad sebagai Datin Nora
Anis Al-idrus sebagai Khalida
Dynas Mokhtar sebagai Kak Yah 
Zuhairah Zahir sebagai Norly
Ezzaty Abdullah sebagai Nurul Huda
Arash Mohd sebagai Abah Majid
Sherry Merlis sebagai Zaharah
Nazia Mustafar sebagai Kak Aida
Atiqa Farhana sebagai Nija
- Adik Dania Syafi sebagai Nija
Shahrul nizam sebagai Sahlan
Balkisyh Semundur Khan sebagai Rokiah

SINOPSIS UDA DAN DARA
Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, Mak Cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

�Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.� 

GAMBAR PELAKON
UdaDanDara drama
Zul Ariffin sebagai Izzat Hilman, Siti Saleha sebagai Siti Mariam
Uda dan Dara 2015
Pelakon wanita
Drama Uda dan Dara
Siti Mariam dan Imran
Uda dan Dara Pelakon
Pelakon-pelakon lain 

Uda&Dara
Keluarga Siti Mariam
Pelakon Uda & Dara
Pelakon-pelakon lain (2)

Pelakon Uda & Dara
Pelakon-pelakon lain (3)

Previous
Next Post »
Thanks for your comment