Drama rampasan kereta mewah berakhir selepas 30 minit...


SHAH ALAM � Tindakan pantas polis berjaya menemui semula sebuah kereta mewah bernilai lebih RM200,000 yang dilarikan sekumpulan perompak di susur keluar Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) ke Kota Kemuning awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, tiga perompak yang menaiki sebuah kereta telah melanggar kereta jenis Audi TT yang dipandu seorang juruterbang berusia 29 tahun di susur keluar terbabit.Akibat pelanggaran itu, mangsa berhenti dan keluar dari kereta, malangnya beliau cuba diserang oleh salah seorang suspek menggunakan parang.

Namun, mangsa berjaya melarikan diri ke seberang jalan sebelum diselamatkan oleh orang ramai. Mangsa kemudiannya sekadar dapat melihat suspek bertindak melarikan keretanya tanpa dapat berbuat apa-apa.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat (gambar) berkata, kereta mangsa berjaya dikesan di sebuah stesen minyak di Ampang pada pukul 5 pagi selepas setengah jam dilarikan, lapor kosmo online
Previous
Next Post »
Thanks for your comment