Ditahan polis: Jamal salahkan orang lain


KUALA LUMPUR : Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos menyalahkan media dan pembangkang sebagai penyebab dia ditahan polis. Katanya, media hanya melaporkan setengah daripada kenyataannya pada 23 September lalu dan tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan daripadanya. �Bagi saya, penahanan saya hari ini sangat dukacitakan dan tidak wajar. Kerana penahanan saya ini berasaskan kepada laporan media yang kurang tepat diambil 23 haribulan lepas.

�Hanya sebahagian kenyataan saya diambil dan dihebah yang menjadikan keadaan tidak selesa dan kelam kabut,� katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. Beliau yang memakai baju T-Shirt berkolar dibebaskan polis pada jam 8.30 malam Ahad selepas ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah berhubung kenyataannya tentang rusuhan akan berlaku pada perhimpunan di Jalan Petaling.

Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Melayu memberikan amaran akan mengambil tindakan undang-undang kepada media yang melaporkan kenyataannya secara tidak tepat. �Saya beri amaran rakan-rakan media ini yang lapor tidak tepat akan berhadapan dengan tindakan undang-undang tegas daripada saya,� katanya. Jamal turut menjelaskan, segala perkara yang berlaku pada hari ini berpunca daripada himpunan yang diadakan oleh pihak Bersih 2.0.

�Kalau tidak ada Bersih tidak ada perhimpunan pada 16 September dan tidak ada kononnya hari ini juga berlaku perhimpunan. �Kesempatan ini dimanfaatkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang. Pemimpin pembangkang yang hadir ke Petaling Street berjumpa dengan peniaga-peniaga seolah-olah mereka penyelamat kepada keadaan ini tetapi sebenarnya merekalah punca segala-galanya permasalahan berlaku,� katanya

Dalam pada itu, beliau turut diminta mengulas adakah akan terus menjadi orang tengah menyuarakan isu peniaga di Jalan Petaling �Bagi saya, Petaling Street dah tidak ada isu. Saya telah menunaikan janji saya kepada mereka kepada pihak atasan. �Terpulang kepada pihak atasan , pihak kerajaan untuk menangani perkara ini,� ujarnya, lapor freemalaysiatoday
Previous
Next Post »
Thanks for your comment