Aku Bukan Hijabista (TV9)

Aku Bukan Hijabista

TV9 membawakan telefilem istimewa sempena sambutan Aidiladha tahun ini berjudul Aku Bukan Hijabista. Pastinya sebuah kisah yang memberi pengajaran. Menampilkan lakonan Azizul Ammar, Reen Rahim, Azza Elite dan Alesha Hariz. Bakal ditayangkan di slot Skrin Di 9 pada 21 September jam 8.30 malam untuk saluran TV9.

JUDUL : AKU BUKAN HIJABISTA 
TARIKH / MASA : Isnin, 21 September 2015 / 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
PENGARAH : Idora
TERBITAN : Jutaan Ringgit Sdn Bhd
PELAKON : Azizul Ammar BMB, Reen Rahim, Beego, adik Alesha Hariz, Azza Elite

VIDEO PROMO

SINOPSIS AKU BUKAN HIJABISTA
Mengisahkan mengenai Shahrul dan Zaharah yang mula lupa diri setelah tinggal di bandar dan mempunyai kerjaya. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak bernama Yasmeen. Pada awalnya Shahrul hidup bersederhana di kampung dan patuh pada ajaran Islam. Kehidupan mereka mula berubah apabila Shahrul mendapat jawatan sebagai seorang speaker bagi sebuah bisnes. Kesibukan dan kemewahan yang dinikmati Shahrul membuatkan dirinya alpa dan mula berubah. Zaharah, juga mula terikut dengan fesyen dan gaya hidup wanita moden untuk mengelakkan hati Shahrul berubah pada wanita-wanita yang sering mendampingi. Shahrul gembira dengan perubahan Zaharah namun tidak bagi Yasmeen. Yasmeen merasa terkilan kerana selama ini dia telah dibesarkan dengan didikan agama yang sempurna oleh kedua ibu bapanya itu. Apabila Shahrul ditangkap berdua-duaan dengan seorang wanita, dia mula tersedar dan meminta maaf kepada Zaharah kerana selama ini hidup dalam penipuan. 

GAMBAR PELAKON
gambar pelakon


Previous
Next Post »
Thanks for your comment