Aku Bukan Hijabista, Skrin Di 9 (2015)


Tajuk: Aku Bukan Hijabista
Tarikh: Isnin, 21 September 2015, 8.30 malam
Pengarah: Idora
Terbitan: Jutaan Ringgit Sdn Bhd
Pelakon: Azizul Ammar BMB, Reen Rahim, Beego, adik Alesha Hariz, Azza Elite

Sinopsis Aku Bukan Hijabista

Mengisahkan mengenai Shahrul dan Zaharah yang mula lupa diri setelah tinggal di bandar dan mempunyai kerjaya. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak bernama Yasmeen. Pada awalnya Shahrul hidup bersederhana di kampung dan patuh pada ajaran Islam. Kehidupan mereka mula berubah apabila Shahrul mendapat jawatan sebagai seorang speaker bagi sebuah bisnes. Kesibukan dan kemewahan yang dinikmati Shahrul membuatkan dirinya alpa dan mula berubah. Zaharah, juga mula terikut dengan fesyen dan gaya hidup wanita moden untuk mengelakkan hati Shahrul berubah pada wanita-wanita yang sering mendampingi. Shahrul gembira dengan perubahan Zaharah namun tidak bagi Yasmeen. Yasmeen merasa terkilan kerana selama ini dia telah dibesarkan dengan didikan agama yang sempurna oleh kedua ibu bapanya itu. Apabila Shahrul ditangkap berdua-duaan dengan seorang wanita, dia mula tersedar dan meminta maaf kepada Zaharah kerana selama ini hidup dalam penipuan.

Video

Previous
Next Post »
Thanks for your comment