Telefilem Teroka (TV3)

Teroka tv3

Saksikan telemovie terbaru sempena hari kebangsaaan Malaysia berjudul 'Teroka' menampilkan lakonan Adi Putra, Faye Kusairi, Mahmud Ali Bashah, Jasmin Hamid, Mustaqim Bahadon. Sebuah telefilem arahan Jamal Khan. Kisah yang mengimbau cabaran hidup peladang kelapa sawit yang telah menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Bersiaran pada 31 Ogos 2015, Isnin jam 10 malam di TV3.

JUDUL : TEROKA
TARIKH / MASA : Isnin, 31 Ogos 2015 (10.00 malam)
SIARAN : Tele Khas Merdeka TV3
PENGARAH : Jamal Khan (Khan Mancung)
TERBITAN : Primework Studios 
PELAKON : Adi Putra, Faye Kusairi, Mahmud Ali Bashah, Jasmin Hamid, Mustaqim Bahadon.

SINOPSIS TELEFILEM TEROKA
Rohana pulang ke rumah selepas tamat pengajian. Ibu bapanya, Mahani dan Baharom sangat bangga dengan pencapaian anaknya dan telah meletakkan syarat yang tinggi untuk bakal menantu mereka. Rohana jatuh cinta dengan Borhan, seorang pemuda yang bjiak tetapi berasal dari keluarga yang miskin. Satu hari, Borhan mendapat peluang daripada kerajaan untuk mengusahakan sebidang tanah kepada ladang kelapa sawit. Memandangkan Borhan akan menjadi sibuk selepas projek itu bermula, Rohana telah mendesak Borhan untuk mengahwininya. Namun, Mahani tidak bersetuju malah dia telah mengaturkan perkahwinan Rohana dengan seorang guru, Khalid. Rohana telah menipu bahawa dia sudah terlanjur dengan Borhan. Akhirnya, mereka berdua berkahwin tetapi tidak diterima dan dihalau oleh Mahani sekaligus memutuskan hubungan kekeluargaan mereka.

Borhan mengambil keputusan untuk menyahut cabaran di mana dia berpeluang memiliki tanah baharu untuk dijadikan ladang kelapa sawit yang ditawarkan oleh kerajaan. Jadi, bermulalah hidup Borhan dan Rohana meneroka tanah itu untuk dijadikan tapak semaian kelapa sawit. Hubungan mereka berdua teruji kerana segala keperluan serba kekurangan di tempat baharu. Dapatkah mereka mengatasi rintangan dan cabaran yang datang menguji? Apakah Mahani dan Baharom akan lembut hati dan menerima Rohana dan Borhan?

GAMBAR PELAKON

telefilem teroka tv3
Faye Kusairi sebagai Rohana
Faye Kusairi teroka
Faye Kusairi dalam telefilem Teroka
Teroka Tele Merdeka 2015
Adi Putra sebagai Borhan

Previous
Next Post »
Thanks for your comment