Secangkir Keredhaan (TV3)

Secangkir Keredhaan

Saksikan tayangan semula telemovie Secangkir Keredhaan lakonan Ako Mustafa, Fadhilah Mansor, Abu Bakar Juah, Abu Bakar Omar,  dan Sofie Jikan. Bersiaran pada pukul 10.30 malam ini di slot Cereka Ahad TV3. 

JUDUL : SECANGKIR KEREDHAAN
TARIKH / MASA : 23 Ogos 2015 (10.30malam)
SIARAN : Slot Cereka Ahad TV3
PELAKON : Ako Mustafa, Fadhilah Mansor, Sofie Jikan, Abu Bakar Juah, Abu Bakar Omar, Daniel Zulkifli, Sarah Nadia Zulkifle 

SINOPSIS SECANGKIR KEREDHAAN
Mengisahkan Fariz (Ako Mustafa) yang mencari bapa kandungnya yang sudah lama terpisah. Faiz berdendam apabila mendapat tahu bapanya menjualnya kepada Saleha (Fadhilah Mansor) dengan harga RM5,000. Namun apa yang ditemui, dua kanak-kanak miskin, yang membawa perubahan besar dalam hidupnya. Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk mencari bapanya, kereta Fariz terkena batu yang dibaling Syuqran. Fariz memberhentikan kereta dalam keadaan marah tetapi hatinya tersentuh apabila mendapat tahu Syuqran terpaksa buat begitu untuk menyelamatkan adiknya, Suriani, yang cedera. Selepas menghantar Syuqran dan adiknya ke klinik, Fariz menghulurkan wang RM50 kepada kanak-kanak itu. Walaupun sudah dua minggu peristiwa itu berlalu, Fariz masih tidak dapat melupakan wajah dua anak miskin itu. Masih terngiang-ngiang di telinga doa Syuqran semoga Fariz dimurahkan rezeki. Ternyata doa anak kecil itu termakbul apabila Fariz mendapat projek besar. Siapakah Syuqran dan Suriani sebenarnya? Berjayakah Fariz bertemu dengan bapanya yang lama menghilang?  
.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment