Plan Cinta Tak Jadi (Astro)

Plan Cinta Tak Jadi

Fattah Amin dan Fathia Latiff sekali bergandingan kali ini untuk drama bersiri Plan Cinta Tak Jadi. Selain mereka, ia turut dibintangi Arja Lee, Ramona Zam Zam, Kaka Azraf dan ramai lagi. Sebuah drama terbitan Orange Tree Production Sdn Bhd diterajui sutradara Azmi Hatta. Saksikan drama Plan Cinta Tak Jadi bersiaran mulai 10 Ogos 2015, setiap hari Isnin jam 10 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.

JUDUL : PLAN CINTA TAK JADI
GENRE: : Komedi
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : 10 Ogos 2015 (Isnin, 10.00 malam)
SIARAN : Astro Ria & Ria HD
PENGARAH : Azmi Hatta
TERBITAN : Orange Tree Production Sdn Bhd
PELAKON : Fathia Latiff, Fattah Amin, Arja Lee, Ramona Zam Zam, Kaka Azraf, Mark Adam, Laila Nasir, Kuna Muzani, Ania Syafi

WATAK PELAKON
Fathia Latiff sebagai Melina
Fattah Amin sebagai Anaz
Arja Lee sebagai Sufian
Ramona Zam Zam sebagai Cici
Kaka Azraf sebagai Sara
Mark Adam sebagai Fariz

LAGU TEMA / OST PLAN CINTA TAK JADI
Lagu : Senyum
Artis : Aziz Harun

SINOPSIS PLAN CINTA TAK JADI
Mengisahkan pengorbanan seorang gadis bernama Melina yang cuba mengembirakan rakan serumahnya, Cici setelah Cici dikecewakan oleh kekasihnya Fariz. Setelah sekian lama menjalinkan hubungan cinta dan merancang untuk mendirikan rumah tangga, Cici yang menyayangi Fariz hampa kerana Mark mahu memutuskan hubungan cinta mereka kerana ingin berkahwin dengan gadis lain. Cici sangat sedih kerana ini merupakan kali ke-24 dia putus cinta.

Anaz seorang mekanik merupakan jiran kepada Melina dan Cici. Sebelum ini, Anaz tidak pernah pun menegur Melina dan Cici. Semenjak satu kejadian berlaku, Anaz bertengkar dengan Melina dan semenjak itu, mereka menjadi sahabat. Melina telah meminta Anaz untuk mengurat rakan serumahnya Cici yang bersedih kerana baru sahaja putus cinta. Melina juga memulakan plannya dengan memperkenalkan Cici kepada rakan sekolahnya, Suffian.

GAMBAR PELAKON
PlanCintaTakJadi
Watak Pelakon
Plan Cinta Tak Jadi Fathia Latiff Fattah Amin
Fathia Latiff & Fattah Amin pernah bergandingan dalam drama Bencinta

Pelakon Plan Cinta Tak Jadi
Arja Lee, Ramona Zam Zam, Kaka Azraf

Plan Cinta Tak Jadi 2015
Melina, Suffian dan Ceci

Plan Cinta Tak Jadi astro ria
Mark Adam pun berlakon

Plan Cinta Tak Jadi kahwin
Sesi ijab kabul
Previous
Next Post »
Thanks for your comment