Ketua Pasukan Kelantan Menangis Selepas Tamat Perlawanan

Badri Radzi Atau Piya, kapten pasukan bola sepak The Red Warriors dilihat tidak dapat menahan kesedihan dan menitiskan air mata selepas perlawanan antara pasukan Kelantan menentang Pahang tamat.


Badri Radzi Menangis
Tangisan Seorang Kapten Kelantan

Kapten Pasukan The Red Warriors Menangis

Kepten pasukan bola sepak negeri Kelantan, Badri Radzi atau lebih dikenali sebagai  Piya dikalangan penyokong The Red Warriors dilihat menitiskan air matanya (rujuk gambar diatas ) sejurus tamat perlawanan diantara Kelantan bertemu Pahang setelah keputusan perlawanan memihak kepada Pahang. Tamat perlawanan Pahang 5 - 3 Kelantan.

Dibawah merupakan komen-komen penyokong pasukan Kelantan FA buat Piya yang dipetik menerusi laman sosial facebook :

1. Janganlah bersedih wahai wiraku Piya.Malam ini bukan rezeki kita, insyaallah lain kali rezeki kita pulok .teruskan perjuangan mu jangan putus asa. Gomo Klate Gomo!! Kami akan terus menyokong bola negeri Klate tanpa pernah jemu. Insyaallah, amin.

2. Piya Is Legend...kalau Steven Gerrard legend Liverpool, Piya Legend Klate. Captain Marvel yang berjaya menjulang klate memenangi semua trophy dinegara kita. Syabas Piya. Jasamu pasti akan dikenang oleh generasi akan datang sebagai pemain terbaik yg pernah dilahirkan dinegeri kelantan..good luck!!
Previous
Next Post »
Thanks for your comment