Kereta Polis Parking Di Tempat Meletak Kereta OKU

Kereta Polis Parking Di Tempat Meletak Kereta Orang Kurang Upaya ( OKU ).  Baru-baru ini tersebar dilaman sosial gambar (rujuk gambar dibawah ) sebuah kereta polis meletak kenderaan di kawasan khas bagi orang kelainan upaya. Namun yang menjadi tanda tanya adakah pihak polis dibenarkan meletakkan kenderaan mereka di kawasan tempat letak kereta OKU?


Polis Vs Orang Oku
Polis Oku

Polis Letak Kereta Di Kawasan Parking OKU

Perbuatan anggota polis yang meletakkan kenderaan di kawasan khas untuk golongan kurang upaya telah mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat. Antaranya : 


  1. Bersangka baik. Siapa tahu, mungkin polis yang sedang bertugas tersebut merupakan orang kurang upaya.
  2. Boleh sebab mereka pegawai kerajaan yang sedang bertugas
  3. Orang kurang upaya tidak dibenarkan menjadi polis
  4. Ini siapa mahu saman?
  5. Entah- entah ada satu kes rompakan didalam bangunan tersebut, kebetulan disitu sahaja kosong. Nak cepat, sila berfikiran baik.
  6. Jangan kutuk polis.Memang terdapat polis yang Oku. Ingat semua polis sihat ke? Dia manusia juga, mungkin ada masalah rabun atau bahagian lain
  7. Ini Ahmad Maslan punya pasal.
  8. Polis Raja Di Malaysia
  9. Jadikannya Tauladan
Begitulah sedikit reaksi yang ditunjukkan oleh orang ramai apabila persoalan mengenai bolehkah anggota polis meletakkan kenderaannya di tempat letak khas untuk orang kelainan upaya diajukan oleh sebuah page di  laman sosial facebook. 
Previous
Next Post »
Thanks for your comment