Kalam Berakar Tanah (TV1)

Kalam Berakar Tanah

Saksikan drama sempena Hari Kemerdekaan berjudul Kalam Berakar Tanah arahan Rohaizulfarridz Salleh. Sebuah kisah pergolakan tanah wakaf yang menjadi pertikaian hingga menimbulkan dendam. Menampilkan lakonan Jalil Hamid, Kamarul Yusuf, Jay Iswazir, Rashid Jaafar, Sobri Anuar dan Nizam Yamin. Akan menemui penonton pada 31 Ogos 2015 nanti jam 9.05 malam Di TV1. Anda juga boleh menontonnya menerusi portal online myklik.rtm.gov.my

JUDUL : KALAM BERAKAR TANAH
TARIKH / MASA : Isnin, 31 Ogos 2015, 9.05 malam
SIARAN : ?#?KhasHariKebangsaan TV1 (RTM)
SKRIP: Muzzamer & Mohd Rahhiemi Alias 
PENGARAH : Rohaizulfarridz Salleh
TERBITAN : Unit Drama RTM 
PELAKON : Jalil Hamid, Kamarul Yusof, Jay Iswazir, Rashid Jaafar, Sobri Anuar dan Nizam Yamin

SINOPSIS KALAM BERAKAR TANAH
Kisah kehidupan dilalui oleh Majid seorang bekas pemimpin tentera komunis. Cara hidup Majid dan sejarah hidupnya menarik minat seorang remaja kampung iaitu Jamil yang sedang melanjutkan pelajarannya di dalam jurusan perfileman.

Keadaan mula meruncing apabila ketua kampung, Tok Mat meninggal dunia. Anak Tok Mat iaitu Abu yang juga ketua pemuda kampung meminta bantuan beberapa penduduk kampung untuk membersihkan tanah wakaf di hujung kampung itu.

Namun kedatangan mereka ditentang Majid sehingga menyebabkan pergaduhan. Demi menghormati jenazah, jasad Tok Mat disemadikan di kampung sebelah dan hal ini membuatkan Abu berdendam dengan Majid. Dalam masa yang sama hubungan Majid dan Jamil semakin rapat.

Pada suatu hari ketika Jamil sedang merakamkan wawancara dengan Majid, Abu datang bersama beberapa orang konconya untuk melunaskan dendam kepada Majid. Bagaimanakah nasib Majid dan Jamil selepas ini? 

GAMBAR PELAKON
Kalam Berakar Tanah rtm

KalamBerakarTanah

Kalam Berakar Tanah TV1

Previous
Next Post »
Thanks for your comment