Filem Di Pawagam Bulan Ogos 2015

Filem Ogos 2015

Bulan ini ada banyak filem menarik ditayangkan di pawagam. Dua filem Melayu iaitu Nota (lakonan Maya Karin dan Hans Isaac) dan Jejak Warriors (filem bolasepak dari negeri Kelantan). Ada filem live-action dari siri manga popular Attack On Titan. Filem hollywood yang dijangka meletup seperti Fantastic Four, The Man From U.N.C.L.E, Pixels, Hitman: Agent 47, dan Sinister 2. Dibawah admin senaraikan filem-filem menarik pada bulan Ogos ini mengikut turutan tarikh tayangan bersertakan sinopsis ringkas dan video trailer.

1. Fantastic Four
Klasifikasi : P13
Tarikh Tayangan: 6 Ogos 2015
Genre: Aksi / Sains Fiksyen / Fantasi
Pelakon : Kate Mara, Miles Teller, Jamie Bell, Michael B. Jordan, Toby Kebbell

Filem pembikinan semula Fantastic Four, mengenai empat orang muda yang merentas masa ke alam lain lalu mengubah bentuk fizikal mereka dengan kuasa hebat. Ke empat mereka mula mempelajari kuasa tersebut dan menggunakannya untuk menyelamatkan bumi daripada ancaman musuh.


2. Selfless
Tarikh Tayangan: 6 Ogos 2015
Genre: Ngeri / Sains Fiksyen
Pelakon : Ryan Reynolds, Natalie Martinez, Ben Kingsley, Victor Garber, Matthew Goode, Derek Luke

Kisah mengenai jutawan Damian Hale yang mengidap kanser ingin memindahkan dirinya kepada badan yang sihat dan lebih muda melalui prosedur dikenali 'shedding'. Selepas berjaya, Damian, kini dikenali sebagai Edward mulakan hidup baru di New Orleans, tetapi dia diganggu dengan imbasan memori pemilik tubuh dan mula mencari kebenaran tentang perkara itu.


3. Southpaw
Tarikh Tayangan: 6 Ogos 2015
Genre: Aksi / Sukan
Pelakon : Jake Gyllenhaal, Rachel McAdams, Naomie Harris, Forest Whitaker

Jaguh tinju, Billy Hope hidup bahagia disamping keluarganya. Pada suatu acara amal, kejadian tidak diduga berlaku isterinya terbunuh dalam satu pertengkaran dengan peninju lain. Kehidupan Billy musnah apabila kehilangan isteri, rumah, pengurus, dan juga tidak diberikan jagaan anak perempuannya, Leila. Oleh itu, Billy memutuskan untuk kembali ke dunia tinju untuk disatukan kembali dengan Leila.


4. The Man From U.N.C.L.E.
Tarikh Tayangan: 13 Ogos 2015
Genre: Aksi / Kembara
Pelakon : Henry Cavill, Alicia Vikander, Hugh Grant, Armie Hammer

Filem diwaktu Perang Dingin awal 1960-an. Mengisahkan tentang 2 orang agen rahsia Napoleon Solo and Illya Kuryakin bekerjasama dalam menyelesaikan sebuah misi untuk menghentikan sebuah organisasi jenayah antarabangsa yang misteri.


5. Pixels
Tarikh Tayangan: 13 Ogos 2015
Genre: Komedi / Sains Fiksyen
Pelakon : Adam Sandler, Kevin James, Michelle Monaghan, Peter Dinklage, Josh Gad, Brian Cox

Presiden Will Cooper mengumpul sahabat zaman kecilnya dalam usaha menyelamatkan planet daripada serangan alien yang menyerang menggunakan model video game klasik.


6. The Black Death
Tarikh Tayangan: 13 Ogos 2015
Bahasa: Thailand
Genre: Seram
Pelakon : Chalad Na Songkhla, Arpa Pawilai

Filem ini menceritakan sebuah kampung yang diserang oleh zombi.


7. Nota
Tarikh Tayangan: 13 Ogos 2015
Bahasa: Ngeri / Jenayah
Genre: Seram
Pelakon : Maya Karin, Hans Isaac, Ramli Hassan

Pasangan suami isteri, Kamal dan Erin menghadapi masalah rumah tangga kerana gagal untuk mendapatkan zuriat, akibatnya mereka jarang berkomunikasi. Ketika ulangtahun perkahwinan yang ke-10, mereka memilih untuk bercuti ke Taman Negara Bako di mana Kamal telah melamar Erin, 10 tahun yang lalu. Ketika perjalanan mereka ke Bako, Erin tak sengaja terjumpa nota yang ditulis Kamal yang membayangkan dia akan mengakhiri semuanya di puncak tebing. Erin berasa sangat bersalah dengan situasi berkenaan. Selepas itu Erin mendapat tahu bahawa Kamal mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain dan sekarang ini telah mengandung anak Kamal. Erin tertekan dan merancang satu pembunuhan dengan menggunakan nota itu menjadi bukti yang kuat untuk dirinya.


8. Brothers
Tarikh Tayangan: 14 Ogos 2015
Bahasa: Hindi
Genre: Aksi
Pelakon : Akshay Kumar, Sidharth Malhotra, Jacqueline Fernandez, Jackie Shroff

Filem pembuatan semula daripada filem 'Warrior'. Mengenai dua beradik bertemu pada kejohanan seni mempertahankan diri dengan hati yang penuh dendam.


9. Inside Out
Tarikh Tayangan: 20 Ogos 2015
Genre: Animasi / Kembara
Pelakon : Amy Poehler, Lewis Black, Mindy Kaling, Bill Hader, Phyllis Smith

Menceritakan berbagai emosi yang ada di dalam tubuh seorang anak perempuan berusia 11 tahun bernama Riley. Di dalam fikirannya, terdapat lima emosi, Joy (bahagia), Fear (takut), Anger (marah), Disgust (jijik), dan Sadness (sedih). Kelima emosi ini tinggal di sebuah tempat yang disebut Headquartes, iaitu pusat pemikiran Riley yang membimbingnya dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Namun, keadaan jadi tak sama lagi ketika Riley harus pindah ke kota metropolitan mengikuti ibu bapanya. Headquarters menjadi kacau ketika Riley berusaha menyesuaikan diri dengan kehidupan di tempat baru.


10. Absolutely Anything
Tarikh Tayangan: 20 Ogos 2015
Genre: Komedi / Sains Fiksyen
Pelakon : Simon Pegg, Kate Beckinsale, Robin Williams, Michael Palin, Terry Jones

Mengisahkan seorang guru bernama Neil Clarke yang secara tiba-tiba mendapatkan kuasa luar biasa yang didapati daripada alien yang merancang melakukan kejahatan di Bumi. Kekuatan itu dapat membuat segala keinginan Neil menjadi kenyataan hingga mengakibatkan massalah pada dirinya.


11. Hitman: Agent 47
Tarikh Tayangan: 20 Ogos 2015
Genre: Aksi / Jenayah / Ngeri
Pelakon : Rupert Friend, Zachary Quinto, Thomas Kretschmann, Hannah Ware

Ejen 47, pembunuh terlatih bekerjasama dengan Katia Van Dees, seorang wanita muda yang mencari asal keturunannya. Bersama-sama, mereka memerangi organisasi sindiket antarabangsa.


12. Vacation
Tarikh Tayangan: 27 Ogos 2015
Genre: Komedi
Pelakon : Ed Helms, Christina Applegate, Leslie Mann, Chris Hemsworth

Rusty Griswold memutuskan untuk membawa isteri dan anaknya melakukan percutian perjalanan ke Wally World sebelum tempat itu tutup untuk selamanya.


13. Attack On Titan - Part 1
Tarikh Tayangan: 27 Ogos 2015
Genre: Aksi / Sains Fiksyen
Pelakon : Haruma Miura, Hiroki Hasegawa, Kiko Mizuhara, Kanata Hongo

Filem live-action dari siri manga dan anime Attack On Titan. Mengisahkan manusia yang hidup terkepung dikelilingi dinding besar bagi menyelamatkan diri mereka dari serangan makhluk gergasi yang makan manusia.


14. Jejak Warriors
Tarikh Tayangan: 27 Ogos 2015
Genre: Sukan / Drama
Pelakon : Mohd Aliff Firdaus, Pekin Ibrahim, Nadiya Nissa, Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fitri Omar, Ahmad Fakri Saarani, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria

Kisah pengembaraan mengenai seorang remaja untuk berjumpa dengan pasukan bolasepak pujaan beliau iaitu The Red Warriors. Bapa Wan Raja adalah seorang penyokong nombor satu The Red Warriors sehinggalah satu kemalangan berlaku dan ini telah menukar kehidupan keluarganya untuk selamanya. Dengan kematian mengejut ibu Wan Raja, beliau menyedari cita-cita bapanya untuk mendapatkan tandatangan pemain The Red Warriors belum tercapai. Sewaktu perjalanan Wan Raja dari Johor Bahru ke Kota Bahru beliau telah menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran namun untuk berputus asa bukan pilihan bagi beliau bagi mencapai cita-citanya.


15. Sinister 2
Tarikh Tayangan: 27 Ogos 2015
Genre: Seram
Pelakon : Shannyn Sossamon, Jaden Klein, Lucas Jade Zumann, Laila Haley, James Ransone, Tate Ellington

Filem sekuel 'Sinister'. Kali ini mengenai seorang ibu, Courtney yang tinggal bersama anak kembarnya Dylan dan Zach yang berusia 9 tahun. Courtney berserta anak-anaknya tidak mengetahui kejadian tragis yang terjadi pada penghuni rumah sebelumnya. Mereka mula menyedari sesuatu tidak kena apabila berlaku kejadian pelik di rumah tersebut.



Previous
Next Post »
Thanks for your comment