Drama Waris Kasih (TV3)

Waris Kasih

Drama bersiri terbaru di slot Azalea bertajuk 'Waris Kasih' akan menemui penonton di TV3. Drama terbitan Temenggong Pictures itu menampilkan pelakon lama dan baru seperti Farisha Irwayu, Nisha Dirr, Johan As'ari, dan Tengku Putri Najuwa. Drama terbitan Temenggong Pictures dibawah arahan Zul Huzaimy. Saksikannya bermula 31 Ogos ini, [ada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang di slot Azalea TV3.

JUDUL : WARIS KASIH
EPISOD : 20 episod
TARIKH / MASA : Isnin-Khamis, 4 petang
SIARAN : Slot Azalea TV3
IDEA ASAL : Pnut Syafinaz
SKRIP: Nazli Jaafar
PENGARAH : Zul Huzaimy Marzuki
TERBITAN : Temenggong Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Farisha Irwayu, Johan As'ari, Zamarul Hisyam, Tasha Aziz, Zain Hamid, Nisha Dirr, Rashdan Baba, Tengku Putri Najuwa, Hanafi Rahman, Bella Dowanna, Sunshine Aileen, Alia Farhani, Habiel Lutfillah, Sarah Dowanna, Haryanto Hassan, Haryanto Hassan, Nurul Fateha

WATAK PELAKON
Farisha Irwayu sebagai Zaleha/Long
Johan As'ari sebagai Zamani
Zamarul Hisyam sebagai Kamarul
Raashdan Baba sebagai Sahak
Zain Hamid sebagai Zairul
Nisha Dirr sebagai Zuriati

Tasha Aziz sebagai Zurina
Tengku Putri Najuwa sebagai Atiqah
Balkisyh Semundur Khan sebagai Puteh
Hariyanyi Hassan sebagai Nabil
Hanafi Rahman sebagai Fendi
Hasnah Hashim sebagai Senah
Sunshine Aileen sebagai Ira
Suriaati Baharom sebagai Tini

LAGU TEMA / OST WARIS KASIH
Tajuk : Hati Dimiliki
Penyanyi : Dewi Liana Seriestha
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Fatin/Cheli

SINOPSIS DRAMA WARIS KASIH
Mengisahkan tentang pengorbanan lima orang adik beradik yang terpaksa hidup berdikari selepas kematian ibu bapa. Zaleha, Zurina, Zuriati, Zairul dan Zamani. Zaleha mengambil tanggungjawab untuk mendidik adik-adiknya, memyelesaikan masalah dan berkerja keras untuk menanggung persekolahan adik-adiknya sehingga masing-masing berjaya. Kamarul rakan Zaleha menyimpan perasaan cinta terhadapnya, namun kecewa setelah Zaleha menerima lamaran Sahak iaitu bapak saudara Kamarul. Lantas membawa diri ke luar Negara untuk melupakan Zaleha. Pada hari pernikahan Antara Zaleha dan Sahak, Sahak ditangkap atas tuduhan memiliki dadah, dan perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan. Selepas 20 tahun Kamarul pulang semula ke kampung halaman dan bertemu kembali dengan Zaleha. Cinta Antara mereka kembali berpaut. Kamarul berusaha keras untuk memenangi kembali hati Zaleha. Adakah Kamarul berjaya mendapat kembali cinta dari Zaleha? Dan apakah terjadi dalam kehidupan mereka?

20 tahun yang lalu, Zaleha/Long yang masih berusia 18 tahun tinggal bersama ibunya dan adik-beradiknya iaitu Zurina (15 tahun), Zuriati (12 tahun), Zairul (10 tahun) dan Zamani (5 tahun). Zurina seorang pelajar yang cemerlang manakala Zuriati seorang yang pendiam dan sering memendam perasaan. Zairul pula seorang yang nakal dan degil. Selepas ayah mereka meninggal dunia, Zaleha menolong ibunya Wan Puteh menoreh getah dan menjual nasi lemak untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Long dan Kamarul berkawan baik. Walaupun masing-masing menyimpan perasaan cinta tetapi tidak diluahkan. Sahak sering mendesak Wan Puteh menjual tapak rumah itu bagi melangsaikan hutang arwah suaminya. Malahan, Sahak yang cemburu melihat anak saudaranya, Kamarul berkawan baik dengan Zaleha telah meminta Wan Puteh mengahwinkan Zaleha kepadanya. Zaleha bernasib baik kerana Pak Chu, adik kepada arwah ayah tampil untuk membantu menyelesaikan hutang tersebut.

Namun, hari-hari yang senang tidak lama apabila Wan Puteh meninggal dunia akibat patukan ular. Bermulalah kehidupan Zaleha membesarkan adik-adiknya sendirian setelah berhenti sekolah. Zaleha dan adik beradik kini menumpang kasih dengan Pak Chu dan Mak Chu. Zuriati yang pendiam, menjadi semakin pendiam kerana terlalu rindukan Wan Puteh. Zairul pula semakin nakal, selalu bergaduh, mencuri dan suka memberontak. Zaleha kecewa dan tertekan tetapi dia tidak putus asa. Kamarul berjanji kepada Zaleha bahawa dia akan bekerja keras dan akan mengahwini Zaleha.

Zaleha terkejut apabila Sahak menghantar rombongan meminang ke rumah Pak Chu. Adik-adiknya mendesak Zaleha menerima sahaja Sahak, kerana mereka rasa Sahak mampu membawa mereka keluar dari jalan kemiskinan, terutama Zairul. Zairul berkeras mahu Zaleha berkahwin dengan Sahak kerana bosan hidup dalam kesusahan. Zaleha buntu.

Akhirnya, Zaleha rela melakukan pengorbanan demi masa depan adik-adiknya. Apakah akan terjadi dengan Zaleha selepas 20 tahun? Adakah Zaleha akan bahagia selepas adik-adiknya berjaya dalam hidup?

GAMBAR PELAKON

WarisKasih2015
penderitaan hidup lima beradik 
Pelakon Waris Kasih
Gambar pelakon
drama Waris Kasih
Lima beradik - Zaleha, Zurina, Zuriati, Zairol dan Zamani
Waris Kasih 2015
Yati bersuamikan penagih dadah dan penganggur
pelakon Waris Kasih
Hari perkahwinan
gambar Waris Kasih
Gambar pelakon lain
WarisKasih tv3
Pasangan kekasih Zamani dan Atiqah lakonan Johan As'ari Tengku Putri Najuwa
Previous
Next Post »
Thanks for your comment