Drama Plan Cinta Tak Jadi [Astro Ria]

Drama Plan Cinta Tak Jadi [Astro Ria]
Genre: : Komedi
Episod : 13 episod
Bermula : 10 Ogos 2015 (Isnin, 10.00 malam)
Siaran : Astro Ria & Ria HD
Pengarah : Azmi Hatta
Terbitan : Orange Tree Production Sdn Bhd
Pelakon : Fathia Latiff, Fattah Amin, Arja Lee, Ramona Zam Zam, Kaka Azraf, Mark Adam, Laila Nasir, Kuna Muzani, Ania Syafi

Lagu tema / OST Drama Plan Cinta Tak Jadi [Astro Ria]
Lagu : Senyum
Artis : Aziz Harun

Sinopsis Drama Plan Cinta Tak Jadi [Astro Ria]

Mengisahkan pengorbanan seorang gadis bernama Melina yang cuba mengembirakan rakan serumahnya, Cici setelah Cici dikecewakan oleh kekasihnya Fariz. Setelah sekian lama menjalinkan hubungan cinta dan merancang untuk mendirikan rumah tangga, Cici yang menyayangi Fariz hampa kerana Mark mahu memutuskan hubungan cinta mereka kerana ingin berkahwin dengan gadis lain. Cici sangat sedih kerana ini merupakan kali ke-24 dia putus cinta.

Anaz seorang mekanik merupakan jiran kepada Melina dan Cici. Sebelum ini, Anaz tidak pernah pun menegur Melina dan Cici. Semenjak satu kejadian berlaku, Anaz bertengkar dengan Melina dan semenjak itu, mereka menjadi sahabat. Melina telah meminta Anaz untuk mengurat rakan serumahnya Cici yang bersedih kerana baru sahaja putus cinta. Melina juga memulakan plannya dengan memperkenalkan Cici kepada rakan sekolahnya, Suffian.



Tag : Drama Plan Cinta Tak Jadi [Astro Ria]
Previous
Next Post »
Thanks for your comment