Drama Mencintaimu (Akasia TV3)

Drama Mencintaimu TV3

Drama terbaharu arahan Raja Ahmad Alauddin berjudul 'Mencintaimu' akan mengisi slot Akasia TV3. Pelakon utama untuk drama ini ialah gandingan Sharnaaz Ahmad dan pelakon kacukan Melayu-Australia iaitu Zahirah Macwilson. Turut dibintangi oleh Sasqia Dahuri, Sarah Anne, Niezam Zaidi, Aleza Shadan dan ramai lagi. Drama bersiri terbitan Global Station Sdn Bhd itu bakal menemui penonton mulai 19 Ogos 2015, bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di saluran TV3. Boleh juga menontonnya menerusi laman tonton.com.my

*Bagi menjayakan watak Hisyam sebagai seorang budak nakal, Sharnaaz Ahmad sanggup berkerja keras bagi memperoleh sosok tubuh yang berotot.
*Pendatang baru, Zahirah Macwilson merupakan anak kepada bekas pelakon dan penyampai TV3, Zainol Johari Macwilson.

JUDUL : MENCINTAIMU
EPISOD : 24 episod
TARIKH / MASA : 19 Ogos 2015 (Isnin-Khamis, 7.00 petang)
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP: Shuhadatul Ain Zakaria
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Zahirah Macwilson, Sasqia Dahuri, Sarah Anne, Niezam Zaidi, Hafizul Kamal, Fikhree Bakar, Aleza Shadan, Musthapa Kamal, Nina Juren, Afzan A.Rahmam, Ruzana Ibrahim, Abu Bakar Juah, Fadhil Dani, Fadilah Mansor , Riezman Khuzaimi, Rahim Jailani

WATAK PELAKON
Sharnaaz Ahmad sebagai Hisham
Zahirah Macwilson sebagai Anissa
Niezam Zaidi sebagai Helmi Yusof
Sarah Anne sebagai Tengku Asyikin
Sasqia Dahuri sebagai Aimi
Hafizul Kamal sebagai Firdaus
Fikhree Bakar sebagai En Muaz
Aleza Shadan sebagai Datin Aida
Musthapa Kamal sebagai Dato Hanafi
Nina Juren sebagai Puan Sri Mel
Afzan A.Rahman sebagai Dr Akmal
Ruzana Ibrahim sebagai Amelia

SINOPSIS MENCINTAIMU
Mengisahkan tentang perjalanan cinta antara Anissa (Zahirah MacWilson) dan Hisham Dato� Hanafi (Sharnaaz Ahmad). Anissa seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu sambung belajar di universiti. Oleh itu, dia telah bekerja selama dua tahun untuk mengumpul duit. Namun ibunya, Juhara, tidak menyokong tindakannya kerana dia lebih suka jika Anissa berkahwin dengan lelaki pilihannya, Saiful. Bapa Anissa, Zali, tidak membantah apa saja yang Anissa mahu lakukan.

Akhirnya, Anissa berjaya memulakan hidup baharu sebagai seorang mahasiswi. Di sana, Anissa menyukai Hisham secara diam-diam. Anissa selalu memerhati Hisham dan mula meluat dengan perangai Hisham yang suka berfoya-foya, melepak, ponteng kelas dan banyak lagi. Perasaan suka terhadap Hisham semakin pudar. Oleh itu, Anissa menolak pelawaan Hisham mengajaknya keluar. Malu dengan penolakan Anissa, Hisham bertindak untuk menyiasat latar belakang Anissa. Rupa-rupanya, ibu Anissa merupakan pembantu rumah keluarga Hisham. Semenjak itu, Hisham sering merendah-rendahkan Annisa. Lama-kelamaan pergaduhan membawa kepada percintaan.

Sebenarnya, Hisham telah menyahut cabaran kawan baiknya, Helmi (Niezam Zaidi) untuk mengajak Anissa keluar. Helmi memberi tempoh satu semester kepada Hisham untuk membuatkan Anissa jatuh cinta kepadanya. Hisham mula berbaik-baik dengan Anissa. Anissa mudah lembut hati dan dia telah memaafkan Hisham yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk berubah. Hisham dan Anissa semakin rapat. Hisham mula berubah selepas berkawan rapat dengan Anissa. Dia menjadi serius dalam pelajaran dan semakin rajin ke kelas. Kawan-kawannya sering mengejek Hisham bahawa dia telah terjatuh dalam perangkap Anissa.

Kerana ego, Hisham mengatakan bahawa rancangan tetap diteruskan untuk mengenakan Anissa walaupun dia sebenarnya mula menyukai Anissa. Akhirnya, permainan Hisham telah menyebabkan detik hitam berlaku dalam hidup Anissa. Helmi membuat rancangan jahat untuk mengenakan Anissa. Rancangan tersebut membawa kepada Anissa dirogol oleh Hisham. Anissa dihujani dengan pelbagai dugaan. Dia telah dihalau oleh ibunya dan juga diberhentikan oleh pihak universiti. Anissa membuat keputusan untuk melarikan diri dan sambung belajar di luar negara atas pembiayaan biasiswa sebuah syarikat.

Selepas lima tahun, Anissa pulang ke tanah air dengan penampilan baru dan bekerja di syarikat keluarga Hisham. Anissa lebih matang dan lebih teliti dalam membuat keputusan. Hisham pula dibelenggu rasa bersalah selepas Anissa menghilangkan diri. Atas desakan keluarga, Hisham telah bertunang dengan Tengku Asyikin (Sarah Anne). Dia juga telah berubah menjadi seorang yang lebih baik dan bertanggungjawab. Apakah akan terjadi selepas Anissa bertemu dengan Hisham kembali?

GAMBAR PELAKON
Sharnaaz Ahmad Mencintaimu TV3
Sharnaaz Ahmad sebagai Hisham Dato� Hanafi
Zahirah Macwilson Mencintaimu TV3
Zahirah Macwilson sebagai Anissa
Mencintaimu-Akasia-TV3
Asyikin, Hisham, Anissa, Helmi
Mencintaimu TV3
Teraju utama- Sharnaaz Ahmad & Zahirah Macwilson
Mencintaimu TV3 - Pelakon
Pengarah bersama barisan pelakon
Mencintaimu tv3 - Hisyam
Keluarga Hisyam
pelakonMencintaimutv3
Pelakon lain
Mencintaimu 2015
Hisyam dan Tengku Asyikin lakonan Sarah Anne
Drama Mencintaimu
Selepas lima tahun berlalu
dramaMencintaimu
Selepas lima tahun, Anissa bertemu orang baru?
Mencintaimu Akasia TV3
Apa yang terjadi?
mencintaimu 2015
Kawan rapat Anissa dan Aimi
Mencintaimu Akasia TV3
Abang sado dan gadis kacukan

Mencintaimu
Hero & Heroin
Previous
Next Post »
Thanks for your comment