Drama Kayuhan Cinta [TVi]

Drama Kayuhan Cinta [TVi]
Episod : 13 episod
Bermula : 6 Ogos 2015 (Isnin-Jumaat, 9malam)
Siaran : TVi (RTM)
Pengarah : Harris Fadzillah Abd Samad
Terbitan : Radio Televisyen Malaysia
Pelakon : Elfira Loy, Afiq Muiz, Wan Sharmila, Zarynn Min, Haleeda


Sinopsis Drama Kayuhan Cinta [TVi]
Kisah perjalanan hidup watak Zahara (Elfira Loy) dari kecil hingga remaja bergelumang dengan basikal hingga dia merasakan tidak boleh hidup tanpa basikal. Dia kemudian mengembangkan minat dan cintanya kepada basikal dengan menyertai pasukan lumba basikal di peringkat negeri serta bercita-cita untuk menjadi pelumba basikal wanita antarabangsa. Malangnya minat dan impiannya itu tidak direstui keluarga yang masih berfikiran anak gadis tak manis menyertai lumba basikal. Zahara yang degil meneruskan cita-citanya walaupun tanpa restu orang tua yang akhirnya membawa bencana apabila apabila menjadi mangsa langgar lari seorang pemuda bernama Rahimi (Afiq Muiz). Kecederaan kaki yang dialami membuatkan Zahara terpaksa berehat panjang di kampung.

Rahimi yang amat menyesal kerana meninggalkan Zahara begitu saja ketika kemalangan itu cuba mencari Zahara untuk meminta maaf. Perjalanan Rahimi sejauh lebih 200 kilometer mencari kemaafan daripada Zahara mencetuskan bibit percintaan di antara mereka walaupun pada mulanya Zahara enggan memaafkan Rahimi. Bagaimanapun untuk mendapatkan kemaafan daripada Zahara, Rahimi yang tidak tahu menunggang basikal terpaksa belajar dan dia mesti berlumba dengan Zahara. Sekiranya Rahimi menang dalam perlumbaan itu, Zahara akan mendengar segala cakapnya. Adakah Rahimi dapat memenangi perlumbaan itu?

Official trailer Drama Kayuhan Cinta [TVi]


Tag : Drama Kayuhan Cinta [TVi]
-
Previous
Next Post »
Thanks for your comment