akademi fantasia 2015

Seramai empat peserta tersingkir dalam konsert penentuan Akademi Fantasia 2015 (AF 2015) yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada malam Ahad.
Peserta tersebut adalah Wili (Suili George, 28, Sabah), Dalila (Nurdalila Mohamed Yusof, 23, Singapura), Syahid (Khairul Mohd Syahid Abu Hassan, 27, Melaka) dan Arisa (Sharmaine Arissa Shahrudin, 21, Selangor).
Penyingkiran tersebut sekali gus memberi peluang kepada 12 peserta lain meneruskan perjuangan mereka di AF 2015.
Peserta- peserta tersebut ialah
1. Sharul (Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 19, Negeri Sembilan)
2. Iqwan (Muhammad Ikhwan Alif Salim, 20, Perak)
3. Syamel (Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 22, Kuala Lumpur).
4. Openg (Anthonasius Jadil, 23, Sabah)
5. Faroq (Muhammad Amyroulfarouk Mohd Nor, 23, Melaka)
6. Sufi (Mohammad Sufie Rashid, 24, Singapura)
7. Bila (Nurnajmi Nabila Samsaidi, 19, Kuala Lumpur)
8. Ziqa (Nurhusnina Haziqah Naharuddin, 19, Johor)
9. Aziah (Aziah Awang, 21, Sabah).
10. Ifa (Sharifah Nabilah Syed Azhar, 21, Kedah)
11. Lisa (Allyssa Joanne Anak Jambi, 22, Sarawak)
12. Rachel Ang Hui San (Rachel, 23, Pahang).
Astro-program-01-M (1)
Masih mengekalkan format asal, AF 2015 bakal menyaksikan gabungan semula barisan tenaga pengajar sebelum ini iaitu Acis sebagai pengarah muzik konsert, Shahrol (guru vokal), Fatimah Abu Bakar (guru motivasi dan Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (guru tarian dan kareografi), Fauziah Nawi (guru seni persembahan) manakala Que Haidar sebagai guru pementasan.
Program pengenalan Tirai AF 2015 akan ke udara selama dua episod bermula 1 hingga 2 Ogos depan pukul 9 malam.
Selain itu, rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi juga dapat ditonton melalui liputan harian Diari AF 2015 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 9 malam bermula 3 Ogos depan.
Manakala konsert mingguan AF 2015 pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam mulai 9 Ogos depan.
AF 2015 juga sekali lagi memberi kepercayaan kepada Zizan Razak dan Faizal Ismail untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara mingguan.
AF 2015 disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (123).
Siaran langsung AF 2015 akan bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad mulai 16 Ogos 2015. Manakala konsert penentuan AF 2015 bagi menentukan 12 pelajar Akademi Fantasia akan berlangsung mulai Ahad 9 Ogos 2015. Saksikan malam konsert AF 2015 menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Maya HD bermula pada pukul 9.00 malam setiap Ahad.
akaun twitter #AF2015 untuk dijual kepada yang betul2 berminat. follower semakin meningkat setiap hari. kepada yang berminat boleh emailkan kepada : teaoaisblog@yahoo.com.my
link : https://twitter.com/AF2015official

Previous
Next Post »
Thanks for your comment