Video T-Team vs Kedah, 7 Julai 2015

Video T-Team vs Kedah, 7 Julai 2015, Tonton Video Sukan. Tonton Kedah vs T-Team, Tonton Video Bolasepak, Tonton Video Goal. Tonton Video Gol.


Kuala Terengganu: Kedah merampas kedudukan sebagai pendahulu liga apabila menundukkan T-Team 2-0 pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Bagaimanapun, aksi hambar yang dipamerkan kedua-dua pasukan pada awal babak pertama membosankan kira-kira 2,000 penonton yang hadir.

Cubaan terbaik T-Team hadir pada minit ke-20 menerusi sepakan cantik penjaring terbanyak Farhod Tadjiev namun sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol lawan.

Skuad Kedah yang turun dengan misi memburu persada liga hampir di depan melalui pemain import dari Bosnia, Liridon Krasniqi yang merembat deras tetapi ditepis penjaga gol, Mohd Shahril Shaari pada minit ke-29.

The Titans yang sesekali mengasak juga hampir mencetak gol sulung perlawanan namun tolakan Farhod yang hanya berdepan dengan penjaga gagal menemui sasaran.

Bersambung babak kedua, pasukan Helang Merah tidak perlu menunggu lama apabila Sandro Da Silva Mendonca bijak menanduk masuk untuk gol pertama pelawat pada minit ke-46.

Tuan rumah yang memperolehi peluang keemasan pada minit ke-55 sekali lagi gagal menghasilkan jaringan biarpun Farhod hanya berdepanpenjaga gol.

Pada minit ke-60, kelekaan pertahanan tuan rumah terhukum menerusi penyerang pasukan pelawat, Muhamad Farhan Roslan yang merembat kencang untuk gol kedua Kedah.

Pada minit terakhir perlawanan Farhod diusung keluar akibat kecederaan selepas dirempuh keras pertahanan pelawat. - credit to mymetro

Perhatian Kepada Pengguna Google Chrome dan Mozilla Firefox!

Sila Tutup Fungsi Pop-Up Blocker Pada Google Chrome dan Mozilla Firefox Anda Dahulu Sebelum Klik Link Di Bawah.

Cara Tutup Fungsi Pop-Up, Anda Boleh Klik Di Sini.


Tonton Video T-Team vs Kedah, Liga Perdana 7 Julai 2015



Video T-Team vs Kedah, 7 Julai 2015




Previous
Next Post »
Thanks for your comment