Telefilem Misiku Kubur (TV9)

Misiku Kubur

Telefilem arahan Nazir Jamaluddin bertajuk 'Misiku Kubur' akan menemui penonton di slot Skrin Di 9. Kisah mengenai bekas banduan yang mencari semula harta rompakan di perkuburan. Menampilkan gandingan Joey Daud dan Azrel Ismail serta Kilafairy. Akan ditayangkan pada hari Isnin ini, pukul 8.30 malam di saluran TV9.

JUDUL : MISIKU KUBUR
TARIKH / MASA : 13 Julai 2015 (Isnin, 8.30 malam)
SIARAN : SLOT SKRIN DI 9 (TV9) 
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
TERBITAN : ZK Creative Sdn Bhd
PELAKON : Joey Daud, Azrel Ismail, Kilafairy, Munir, Zizan Nin, Dato Boy Iman, Maimunah Ahmad, Hamid Gurkha

SINOPSIS MISIKU KUBUR
Zack (lakonan Joey Daud) telah dibebaskan dari hukuman penjara kerana dituduh merompak kedai emas. Lima belas tahun lepas, dia telah menyembunyikan emas rompakan tersebut di suatu tempat tersembunyi. Setelah dibebaskan dari penjara, dia mahu ke lokasi itu bersama seorang kenalan barunya, Fakir (lakonan Azrel Ismail). Malang tidak berbau apabila lokasi itu telah menjadi tanah perkuburan. Bermulalah misi Zack dan Fakir untuk mendapatkan semula emas rompakan tersebut diselangi dugaan yang sentiasa ada di sekeliling mereka.

GAMBAR PELAKON
Misiku Kubur tv9
Zack dan Fakir

Misiku Kubur Pelakon
Barisan pelakon


Previous
Next Post »
Thanks for your comment