Telefilem Khilaf Seorang Isteri

Khilaf Seorang Isteri

TV9 meneruskan telefilem khas sempena bulan Ramadan ini, kali ini dengan drama berjudul 'Khilaf Seorang Isteri'. Dibintangi oleh Fezrul Khan, Syatilla Melvin, Fizz Fairuz dan adik Amanda Hariz. Saksikan kisah penuh dengan pengajaran pada hari Isnin, 6 Julai pukul 8.30 malam di slot Skrin Di 9.

JUDUL : KHILAF SEORANG ISTERI
TARIKH / MASA : 6 Julai 2015 (8.30 malam)  
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Saphire Screen Sdn Bhd
PELAKON : Syatilla Melvin, Fezrul Khan, Fizz Fairuz, Tasha Shila, Mardiana Alwi, Adik Amanda Hariz

SINOPSIS KHILAF SEORANG ISTERI
Muiz dan Thalia merupakan bekas suami isteri yang mempunyai seorang anak bernama Aryan. Muiz dan Thalia, kedua-duanya telah pun berkahwin lain. Muiz seorang pengurus kewangan di sebuah syarikat besar berkahwin dengan Ryna seorang eksekutif perundangan. Thalia yang merupakan seorang eksekutif pentadbiran bertemu jodoh buat kali kedua dengan Jimmy, seorang pengarah drama muda yang berbakat ketika Jimmy sering mengadakan penggambaran di pejabat Thalia. Kedua-duanya melalui pengalaman yang berbeza dalam perkahwinan baharu mereka sekaligus menyebabkan mereka terkenang bekas pasangan serta kesilapan yang pernah mereka lakukan.

GAMBAR PELAKON
Khilaf Seorang Isteri tv9

Telemovie Khilaf Seorang Isteri

Previous
Next Post »
Thanks for your comment