S Untuk Syawal (TV3)

S Untuk Syawal

Saksikan telemovie menarik terbitan Luqsar Kreatif sempena sambutan aidilfitri berjudul 'S Untuk Syawal'. Telefilem arahan Heykal Hanifah itu menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Shafie Naswip, Lisdawati, Rusdi Ramli, dan Ika Nabella. Ditayangkan pada hari raya kenenam raya jam 9.30 pagi di saluran TV3.

JUDUL : S UNTUK SYAWAL
TARIKH / MASA : 22 Julai 2015 (9.30pagi)
SIARAN : Syukur Selalu TV3
SKRIP : Mama Bella
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Ben Laden, Shafie Naswip, Lisdawati, Rusdi Ramli, Ika Nabella(Nadia)

SINOPSIS S UNTUK SYAWAL
Syawal Iskandar yang lahir pada 1 Syawal, adalah anak tunggal kesayangan Sam dan Shila. Sam menemui ajal apabila diserang sakit jantung setelah 12 tahun genap kelahiran Syawal. Syawal menyangka Shila mencari pengganti arwah Sam. Dia melarikan diri meninggalkan Shila menyambut Hari Raya sendirian. Shila cuba untuk memujuk hatinya dan membawa diri ke rumah orang tua. Shila terlalu rindukan Syawal. Suatu hari, Shila terjatuh di bilik air dan ia mula mengubah hidupnya. Shila hidup terlantar di atas katil dalam keadaan yang lemah. Tidak lekang di bibir Shila menyebut "S untuk Syawal, Syawal anak kesayangan ibu�, iaitu ungkapan yang kerap disebut ketika membelai Syawal semenjak Syawal dilahirkan.

GAMBAR PELAKON
S Untuk Syawal TV3


Previous
Next Post »
Thanks for your comment