Rendang Aku Kau Yang Panas (2015)



Pak Sood, Pak Akob dan Pak Jumaat, tiga sahabat baik yang pernah suatu ketika dahulu bercadang untuk membuka sebuah restoran. Namun dek kerana ego masing-masing yang berlagak ala-ala chef gitu rancangan tersebut tidak menjadi. Hubungan mereka bertiga pun bertukar menjadi 'musuh' lebih-lebih lagi bila bulan Ramadan menjelma. Selalunya bila bulan Ramadan kita akan berbaik-baik dengan orang, tetapi mereka bertiga ini asyik nak tunjuk handal sahaja, kononnya rendang merekalah paling sedap di Malaysia. Bila seorang dapat lot untuk bazar Ramadan, yang lagi dua pun berebut-rebut nak juga meniaga di bazar Ramadan. Dah pula tu, lot mereka berniaga di bazaar sebelah menyebelah, lagi huru hara lah bazar disebabkan mereka bertiga. Mana tak huru hara, sorang panggil pelanggan cakap nogori, sorang cakap utara dan yang sorang lagi cakap pantai timur. Yang hairannya isteri-isteri mereka tak ada pulak macam tu, hubungan mereka baik antara satu sama lain.

Pelakon: Razak Ahmad,Kazar Saisi,Manan Sulaiman,Liza Abdullah,Liza Shahdan,Khatijah Tan
Previous
Next Post »
Thanks for your comment