Ramadan Berteduh Syawal (TV9)

Ramadan Berteduh Syawal

Telefilem istimewa di saluran TV9 berjudul Ramadan Berteduh Syawal. Mengisahkan satu keluarga yang terpaksa melalui dua kali hari raya dalam mengecapi nikmat sambutan Aidilfitri sebenar. Lakonan mantap gandingan Beto Khushairy, Sari Yanti, Zahiril Adzim dan ramai lagi. Bersiaran di slot Skrin Di 9 jam 8.30 malam di TV9.

JUDUL : RAMADAN BERTEDUH SYAWAL
TARIKH / MASA : 27 Julai 2015 (8.30 malam)
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP: Mazelan Manan
PENGARAH : Ellie Suriati Omar
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Beto Khushairy, Sari Yanti, Ku Fridah, Adik Luvvna, Mak Jah, Azry Iskandar, Zahiril Adzim, Harun Hashim, Azza AF

SINOPSIS RAMADAN BERTEDUH SYAWAL
Mengisahkan Khairol yang bekerja sebagai penghantar cepat, dibuang kerja dengan notis 24 jam selepas dokumen penting pelanggan hilang ketika berada dalam tanggungjawabnya selepas dia menandatangani borang penerimaan barang yang diserahkan oleh Sara, kerani syarikatnya bekerja. Disebabkan itu, dia mula tertekan. Ibunya, Mak Esah memintanya bersabar, tetapi isterinya, Serena risau mereka akan berdepan dengan masalah kerana terpaksa membayar ansuran bulanan barang kemas yang dibeli sempena ulangtahun perkahwinan mereka.

Khairol yang mudah menggelabah, merungut mengenai perkara ini membuatkan Serena merungut kerana dia tidak pernah meminta atau memaksa suaminya membelikan barangan kemas ini.

Dia memberikan cadangan agar Khairol memulangkan barangan kemas ini kepada Kak Ani, penjual barang kemas itu namun, Kak Ani enggan menerima kerana menganggap barangan kemas ini adalah barang terpakai.

RamadanBerteduhSyawal

Previous
Next Post »
Thanks for your comment