PROJEK M.E.J.A (TV9)

PROJEK M.E.J.A

TV9 akan membawakan program lawak terbaharu dikenali sebagai PROJEK M.E.J.A. Rancangan komedi ini menjanjikan kelainan dengan program lawak lain yang mana setiap minggu akan tampil enam pelawak dan selebriti jemputan untuk melakukan sketsa komedi. Mereka perlu membuat jenaka untuk membuatkan pihak lawan tergelak. Sekiranya gagal, mereka bakal berdepan dengan hukuman disediakan. 

PROJEK MEJA

Program ini membariskan ramai pelawak dan selebriti seperti Ebby Yus, Ropie Cecupak, Tauke Jambu, Achey, Shah Tapaw, Ammar Titan, Acong, Fara Fauzana, Joey Daud, Achok, Kamal Adli, Sharifah Shahira, Sherry Al Hadad, Azlee Khairi, Noorkhiriah dan ramai lagi.

PROJEK M.E.J.A (Malaysian Entertainers & Jokers Alliance) akan menemui penonton bermula 29 Julai nanti jam 8.30 malam di slot #kelakarama TV9.

Selain itu, mereka akan muncul terlebih dahulu dalam edisi khas sempena hari raya nanti pada hari raya ke-3, 19 Julai jam 9.30 malam di TV9.

PROJEK MEJA TV9
Para pelawak dan selebriti yang menjayakan game show Projek M.E.J.A
Barisan pelawak Malaysia bersatu untuk membuatkan anda ketawa
Previous
Next Post »
Thanks for your comment