Misi Tawan Baby (2014)



Sinopsis:
Mengisahkan Helmi, anak kesayangan Datin Maimon dan Dato Ismet telah mengalami kecederaan dalam sukan basikal gunung (mountain bike). Dia telah dimasukkan ke hospital dan ketika di situ, dia telah bertemu dengan Zana, seorang jururawat yang berkhidmat di situ. Bila kali pertama sedar dari pengsan, Helmi ternampak Zana, dia menyangka bahawa telah bertemu dengan bidadari. Dia telah jatuh hati. Namun, bukan mudah menawan hati Zana. Datin Maimon yang melihat Helmi dari seorang anak manja yang �spoil� kini mula berubah apabila jatuh hati dengan Zana. Ini menyebabkan Datin Maimon telah berpakat dengan Zana untuk melancarkan �Misi Tawan Baby�. Dari perasaan yang dipaksa, tiba-tiba, Zana semakin menyayangi Helmi. Semuanya seperti berjalan lancar apabila Zana bersetuju. Namun, Lisa, kawan kolej yang cukup meminati Helmi telah merakam saat Datin Maimon membayar khidmat Zana. Ini telah menyebabkan Helmi keliru dan memarahi Zana. Zana menerangkan apa yang terjadi, namun dia tidak mempercayainya. Hinggalah Datin Maimon sendiri menceritakan hal sebenar. Helmi kelam kabut, dan cuba memujuk Zana. Ketika dia cuba menyakinkan Zana, Helmi bersama dengan basikal gunungnya telah dilanggar oleh kereta. Apa yang terjadi kepada Helmi dan Zana?

Pelakon : Kamal Adli, Erin Malek, Raja Ema dan ramai lagi
Previous
Next Post »
Thanks for your comment