Mat Moto Filem Pertama Arahan Pekin Ibrahim

Mat Moto

Pekin Ibrahim atau nama sebenar Mohd Iznan Ibrahim kini bergelar sebagai seorang pengarah. Filem arahan pertamanya berjudul 'Mat Moto' merupakan idea asalnya sendiri bersama sahabat karib, arwah Azwan Annuar. Filem dibawah terbitan Viper Studios Sdn Bhd ini mendapat kerjasama baik Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bagi menjayakan filem yang mendapat sambutan hangat kumpulan bermotosikal semasa proses pengambaran dijalankan. 

Sesi penggambaran untuk filem Mat Moto telah pun selesai dilaksanakan. Penggambaran dilakukan di tujuh negeri Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Di setiap negeri mereka kumpulkan mat motor untuk melakonkan aksi untuk filem tersebut. 

Selain itu, filem ini turut mengumpulkan ramai pelakon terkenal seperti Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Faizal Hussein, Rosyam Nor, Cat Farish, Zul Huzaimy termasuk Pekin Ibrahim sendiri. 

Pelakon Mat Moto
Barisan pelakon filem Mat Moto
Dalam filem ini dia cuba tonjolkan perbezaan antara mat motor dan mat rempit bagi menangkis tanggapan negatif masyarakat terhadap 'mat motor' dengan mengetengahkan realiti kehidupan pengguna motosikal yang sebenar.

Filem Mat Moto bakal ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan (2016). Nantikan!

Mat Moto 2016
Antara babak menarik dalam filem Mat Moto

Previous
Next Post »
Thanks for your comment