Madam Nona Pokok Sena (Astro)

Madam Nona Pokok Sena

Petang 2 Syawal, Astro Prima akan membawakan telemovie Madam Nona Pokok Sena arahan Michael Ang. Menampilkan lakonan Sharifah Shahira, Kamal Adli, Emma Maembong, dan Datin Nina Juren. Saksikannya pada pukul 2.30 petang di Astro Prima dan Maya HD.

JUDUL : MADAM NONA POKOK SENA
TARIKH / MASA : 2 Syawal (18 Julai 2015, 2.30ptg)
SIARAN : Astro Prima & Maya HD
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Dark Wave Picture
PELAKON : Sharifah Shahira, Kamal Adli, Emma Maembong, Datin Nina Juren, Nadya Syahera, Ungku Hariz

SINOPSIS MADAM NONA POKOK SENA
Cik Nona, seorang peniaga �bedak sejuk� telah berpindah ke kawasan baru dan serta-merta mencabar Che Bi, penyandang jawatanPengerusi Persatuan Wanita Taman Bestari untuk jawatan tersebut. Cik Nona percaya dengan statusnya sebagai usahawan berjaya dan gaya penjagaan kecantikannya mampu membolehkan dia menang jawatan tersebut berbanding Che Bi yang dilihatnya lebih pendiam, merendah diri dan ketinggalan zaman. Pada masa yang sama, Cik Nona turut membawa mulut mengenai Che Bi tanpa mengetahu yang wanita itu adalah bakal ibu mertua anak perempuannya.

GAMBAR PELAKON
MadamNonaPokokSena


Previous
Next Post »
Thanks for your comment