Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa (Astro)

Ku-Tinggalkan-Cinta-Di-Okinawa

Drama bersiri terbaru berjudul 'Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa' akan menemui penonton ke kaca televisyen. Kisah cinta romantik lakonan Sharnaaz Ahmad, Hanis Zalikha, Mimi Lana dan pelakon dari Jepun, Shogen Itokazu. Sebuah naskah terbitan Motion Pictures Sdn Bhd dibawah sutradara Amor Rizan. Menariknya sesi penggambaran untuk drama ini hampir 50 peratus dilakukan di Okinawa, Jepun. Diselitkan juga seni bela diri karate sebagai warna penceritaan utama. Drama tersebut akan mula ditayangkan mulai 5 Ogos, setiap Rabu jam 9.30 malam di saluran Astro Bella dan Mustika HD.

JUDUL : KU TINGGALKAN CINTA DI OKINAWA (KCDO)
EPISOD : 26 episod
TARIKH / MASA : Mulai 5 Ogos 2015 (Rabu, 9.30malam)
SIARAN : Astro Mustika HD (134) & Astro Bella (133)
PENGARAH : Amor Rizan
TERBITAN :  Double Vision Sdn Bhd
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Hanis Zalikha, Shogen Itokazu, Mimi Lana
Natasha Elyzza, Najua Pramlee, Didie Alias

WATAK PELAKON
Hanis Zalikha sebagai Alisa
Sharnaaz Ahmad sebagai Raykal
Shogen Itokazu sebagai Shun
Didie Alias sebagai Dato Sherry  
Mimi Lana sebagai Riana 

LAGU TEMA / OST KU TINGGALKAN CINTA DI OKINAWA
Tajuk : Ku Tinggalkan Cinta
Artis : Marsha Milan Londoh
Komposer / Lirik : Amor Rizan
Video: https://youtu.be/A_UDu1PWr28

VIDEO PROMO


SINOPSIS KU TINGGALKAN CINTA DI OKINAWA
Mengisahkan Alisa (lakonan Hanis Zalikha) mahu mencari ibu kandungnya yang terpisah sekian lama. Pada suatu hari, Alisa nekad menyertai latihan seni mempertahankan diri karate kerana dia diberitahu, ibunya merupakan seorang juara dalam bidang tersebut. Biarpun tinggal bersama bapanya, Amran, namun dia tidak pernah diberitahu mengenai sejarah silam antara bapa dan ibunya. Sehinggalah rahsia tersebut terbongkar sedikit demi sedikit apabila Alisa telah menyelamatkan seorang lelaki bernama Rykal (Sharnaaz Ahmad).

Rykal adalah anak kepada Datuk Sherry yang juga merupakan kawan baik kepada Amran. Sejak itu, Datuk Sherry mendedahkan cerita mengenai ibu kandung Alisa yang masih belum ditemuinya. Sewaktu Alisa dihantar ke Okinawa untuk menjalani latihan karate, dia telah berkenalan dengan seorang jurulatih bernama Shun (lakonan Shogen). Secara tidak sengaja, dia menaruh hati kepada jejaka tersebut sehinggakan mempunyai musuh bernama Riana. Tanpa disedari, Alisa mendapati salah seorang daripada mereka merupakan adik-beradiknya.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa
Pelakon utama drama Pelakon Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa

Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa
Kisah kekeluargaan, persahabatan, percintaan dan seni bela diri

Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa astro
Pelakon Jepun, Shogen pernah membintangi siri antarabangsa Street Fighter: Assassin's Fist

KuTinggalkanCintaDiOkinawa
Drama ini turut menyelitkan seni mempertahankan diri karate berasal dari Okinawa

Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa Kahwin
Sahabat, Keluarga dan Cinta manakah yang paling penting? 

Previous
Next Post »
Thanks for your comment