Drama Kau Aku Kita (TV3)

Kau Aku Kita

Drama rantaian terbaru adaptasi novel 'Kau, Aku, Kita� karya Orkid Edyliyne. Diterajui gandingan baru lakonan Syarul Ridzwan bersama Janna Nick. Diarahkan oleh sutradara Azman Yahya dibawah syarikat produkti JS Pictures Sdn Bhd. Pengambaran untuk drama ini masih lagi diperingkat awal. Di jadulkan bersiaran pada akhir tahun ini di slot Lestary saluran TV3.

JUDUL : KAU, AKU, KITA
EPISOD : 13
TARIKH / MASA : 
SIARAN : Slot Lestary TV3
NOVELIS : Orkid Edyliyne
SKRIP: Rehal Nuharis
PENGARAH : Azman Yahya @ Jinggo
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Syarul Ridzwan, Janna Nick

Kau Aku Kita Novel

SINOPSIS KAU AKU KITA
Mengisahkan dua insan yang mempunyai nama yang sama namun berlainan jantina, Iman Firdaus. Mereka bertemu secara tidak disengajakan apabila berlaku peristiwa yang agak lucu di mana salah seorang dari mereka diserang mafia. Iman Firdaus atau Aus (Lelaki) melarikan diri dari mafia tersebut kerana menyangka mafia itu mengejar dirinya, padahal Mafia itu sedang mengejar Iman Firdaus atau Iman (perempuan) sambil menjerit �Iman Firdaus�.

Aus dipaksa untuk berkahwin dengan calon pilihan bapanya, Namun Aus tidak mahu mengahwini perempuan pilihan bapanya itu dan Aus mendapat idea dimana beliau mahu Iman mengahwininya. Kehidupan Iman tidak seperti Firdaus, Iman seorang yatim piatu dan melalui kehidupan yang susah sedangkan pelajarannya pula entah ke mana.

Maka satu perjanjian perkahwinan telah dimeterai oleh mereka. Namun ia hanyalah perjanjian yang sekadar di mulut.

GAMBAR PELAKON
Syarul Ridzwan, Janna Nick
Teraju utama Syarul Ridzwan dan Janna Nick

Previous
Next Post »
Thanks for your comment